Berita

Dua Beradik Meninggal Ketika Mahu Ziarah Pusara Bapa, Ibu Meraung Saksi Anak Kemalangan

Share

Dua beradik meninggal ketika mahu ziarah pusara bapa, ibu meraung saksi anak kemalangan. Perjalanan dua beradik untuk menziarahi pusara bapa mereka yang meninggal dunia 10 bulan lalu, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini pada petang Isnin.

Kejadian yang berlaku jam 6.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Amirul Hazlin,18, dan adiknya Nur Afiqah Sofea, 5, disahkan doktor meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Dua Beradik Meninggal Ketika Mahu Ziarah Pusara Bapa

Lebih menghibakan insiden yang menimpa anak sulung dan bongsu daripada tiga beradik itu disaksikan sendiri ibu mereka, Norizan Ujak, 40, yang mengekori dari belakang dengan menunggang sebuah motosikal lain untuk ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu.

 

Tong sampah roro yang dirempuh mangsa dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong pada petang Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian dua beradik itu menunggang motosikal jenis Demak DV110 dipercayai dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.
Ibu Meraung Saksi Anak Kemalangan

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan penunggang motosikal terbabit dipercayai tidak perasan sebuah tong sampah roro berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.

“Impak kemalangan itu kedua-dua mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut di zon merah.

“Namun doktor mengesahkan Muhammad Amirul meninggal dunia pada jam 7.40 malam diikuti adiknya kira-kira 12.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

“Polis juga telah mengesan pemilik tong sampah roro terbabit dan saksi bebas yang melihat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Enam Beradik Bergelar Anak Yatim, Ibu Sempat Sediakan Juadah Akhir Sebelum Maut Kemalangan

Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan Motosikal, Bayi 8 Bulan Bergelar Yatim Piatu

5 Beradik Bergelar Yatim Piatu, Sebulan Selepas Ibu Meninggal Bapa Maut Kemalangan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
IKLAN