Dua beradik meninggal bersama dalam perjalanan ke sekolah, bapa kongsi anak sudah tunjuk kelainan. Saat yang paling menyedihkan apabila diuji dengan kehilangan anak tersayang. Pergi yang tak akan kembali selamanya.
Inilah dirasai oleh seorang bapa, Abdullah yang diuji dengan kehilangan dua anak serentak apabila keduanya terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke sekolah pagi semalam.
Dalam tragedi ini, dua beradik Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, meninggal apabila dirempuh sebuah kereta dan keduanya hanya memerlukan masa sedikit lagi untuk sampai ke sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muara Bagan Dato, Perak.
Dalam kejadian 7 pagi semalam, motosikal kedua beradik ini disyaki memotong dengan memasuki laluan bertentangan dan takdir telah tertulis apabila motosikal mereka bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva dipandu wanita berusia 28 tahun.
“Nahas mengakibatkan adik-beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu wanita mengalami kecederaan ringan,” kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri.
Dalam pada itu, semasa memandikan jenazah kedua beradik ini yang dilakukan oleh team Van Jenazah Percuma Teluk Intan mereka turut berkongsi cerita yang menyentuh perasaan.
Kata bapa kepada dua beradik ini, “pada malam sebelum kejadian, arwah anaknya, Lidiya telah menunjukkan beberapa perubahan sikap.
“Arwah makan nasi ayam dengan berselera seolah-olah ia nasi terakhir dinikmatinya. Bahkan arwah turut memint nasi tambah dan kami layankan saja permintaannya. Tak siapa menyangka itulah nasi ayam dimakan oleh anak selepas segala nikmat dunia terputus dengannya,” kata bapa ini lagi.
Dalam suasana menyayat hati, petang semalam jenazah kedua beradik ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bagan Dato.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tragedi Selepas Berbuka, 4 Beradik Berusia 3-8 Tahun Meninggal Dalam Kebakaran Di Rumah
“Berehatlah Di Syurga Allah Sayang”, Perjuangan Adik Nur Afina Sofea Melawan Barah Saraf Berakhir
“Anak Kebiruan, Tak Sedarkan Diri” Bayi 11 Bulan Meninggal Di Rumah Pengasuh
Tiga Beradik Meninggal Dalam Perigi. ‘Lebih Rela Mati Daripada DiSeksa Suami & Mertua’
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.