Berita

Dua Beradik Maut Dilanggar, Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya

Share

Dua beradik maut dilanggar, ibu kongsi arrwah sering bertanya bila mahu beli baju raya. Keterujaan menyambut aidilfitri dan bertanyakan bilakah  mahu dibelikan baju raya ternyata pakaian dipakai lebih indah buat dua beradik Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13 yang dijemput Allah dalam bulan Ramadan, ketika mahu menuntut ilmu dan di usia cukup muda.

Ternyata tiga lapisan kain  berwarna putih menutup tubuh mereka,  ianya lebih indah dari sepersalinan baju raya  berwarna warni yang sering kita gayakan di Aidilfitri. Benarlah manusia itu hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya.

Dua Beradik Maut Dilanggar

Arwah Ahmad Marikh sering bertanya bilakah mahu membeli baju raya namun kerana ibunya belum gaji, hasrat itu nyata tertangguh.

Longlai diuji kehilangan dua anak sekaligus dalam sekelip mata, jelas   Norzalifa Mohd Yusof, 35, dia dan suami merancang membawa anak-anaknya itu untuk membeli pakaian raya tambahan lagi Ahmad Marikh sering bertanyakan tema yang akan dipakai pada lebaran nanti.

Ibu Kongsi Arwah Sering Bertanya Bila Mahu Beli Baju Raya

Menurutnya, anak bongsunya itu  dilihat teruja untuk membeli pakaian raya ketika mereka bersahur bersama.

“Adik (Marikh) paling gembira sering bertanyakan baju raya baru untuk dipakai nanti, tema apa. Masa itu saya belum gaji lagi dan minta dia bersabar.

“Tetapi saya memang ada hasrat nak bawa mereka pergi beli baju raya malam ini (Jumaat) selepas beberapa kali tertangguh.

“Adik cakap seronok sebab lagi seminggu nak raya dan dia beritahu perlu pakai baju raya ketika sambutan raya di sekolah nanti,” katanya ketika ditemui di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor di sini.

Tetapi hasrat itu tidak tercapai apabila keduanya dijemput Allah SWT pagi Jumaat semalam ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak.

Dalam nahas jam 7.12 pagi itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru di sini, mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian.

Memetik laporan Sinar Harian, Norzalifa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di Kuala Kangsar berkata, kedua anaknya itu sering menaiki motosikal untuk ke sekolah yang terletak sembilan kilometer dari rumah mereka, Kampung Salak Stesen di sini.

“Saya keluar dahulu untuk ‘punch card’ barulah mereka keluar pergi sekolah. Sepatutnya mereka berkonvoi bersama anak ketiga, Ahmad Musytari, 16, tetapi hari ini dia tidak mahu pergi sekolah.

“Baru beberapa minit sampai, rakan telefon beritahu anak kemalangan dan telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Saya bergegas balik dan lihat mereka terbaring sudah bertutup dengan kain putih. Tak sangka walaupun susah nak terima tapi kami sekeluarga reda,” katanya.

Tambah Norzalifa, kedua-dua anaknya itu sangat rapat dan menyifarkan mereka sebagai anak yang ringan tulang membantu keluarga.

“Mereka tidur bersama walaupun sering bercakaran setiap kali jumpa. Ada sahaja gaduhnya tetapi keletah merekalah yang menceriakan kami.

“Raya nanti tiada persiapan pun dibuat melainkan kuih raya yang sempat kami buat bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, jenazah dua beradik disolatkan di Masjid Kariah Salak, Kampung Perik oleh kira-kira 200 jemaah selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Perik, Enggor di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh telah memasuki simpang kanan secara mengejut, menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal Honda EX5 mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit melarikan diri.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan politrauma dengan kecederaan leher atau patah serviks,” katanya.

Tambah beliau, polis berjaya menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 50-an berkenaan sekitar jam 1.20 tengah hari oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun.

“Suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu telah ditahan dan ujian awal saringan air kencing mendapati keputusannya adalah negatif.

“Kita juga telah mengambil sampel darah suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut. Kenderaan suspek turut dirampas,” katanya.

Menurut beliau, permohonan reman akan dibuat pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dua Beradik Meninggal Bersama Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Bapa Kongsi Anak Sudah Tunjuk Kelainan

Dua Beradik Buat Pesanan “Main-Main” Di Kiosk McD Hingga Jumlah Pesanan Cecah RM17,152

“Muka Mereka Ketakutan & Menjerit Minta Tolong”, Sepupu Dua Beradik Rentung Masih Terbayang Gagal Selamatkan Mangsa

Ibu Didakwa Kes Amang Seksual Dua Beradik, Anak Perempuan Tampil Ceritakan Kisah Sebenar…

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros