Dua Anak Kongsi Tarikh, Tempat & Doktor Yang Sama “Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur”

Share

Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon Datin Niena Baharun yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang juga merupakan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Artikel Berkaitan: Kita Baca Komen Yang Geram, Maki Hamun Husna, Takpe Teruskan, Sekarang Nak Fokus Pada Baby – Niena Baharun

Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adiel Mikael yang kini berusia dua tahun.

Ibu ini juga turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya bersama muat naik foto pertamanya dengan permata hatinya itu.

Tanggal 24 Oktober Cukup Istimewa

Menariknya, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, tarikh kelahiran anak keduanya itu jatuh pada tarikh yang sama dengan cahaya mata sulungnya iaitu pada 24 Oktober, selain disambut doktor yang sama.

“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama.

“Our little girl is born, 24.10.2020,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Niena turut meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas ucapan serta doa yang dikirimkan buat dirinya dan keluarga.

Dua Biji Kek Hari Jadi Buat Tersayang

Bukan itu saja malah menerusi perkongsian yang lain Niena telah memuat naik gambar-gambar sambutan hari jadi buat kedua anak kesayangannya yang diatur oleh suaminya. Dua biji kek disediakan buat cahaya mata mereka dan diraikan di dalam wad.

“Thank you Allah for everything. #doublecelebration #24102018 #24102020” kongsi Niena lagi.

Niena bersama keluarga tercinta.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Niena Baharun
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh