Dryer Jenis Heat Pump Lebih Jimat Elektrik, Baju Pun Kurang Kedut

Share

Mak-mak yang sedang berkira-kira nak beli mesin pengering atau dryer ini cuba hadamkan tip yang dikongsikan ini. Sebelum itu, kenalah tahu yang mesin pengering ini ada tiga jenis iaitu; vented, condenser dan heat pump.

Lelaki ini, Abdul Muiez Ruslee kongsikan mengapa dryer jenis heat pump ini berguna untuk kegunaan harian mak-mak. Lagi-lagi di musim ahli keluarga duduk di rumah.

Masalah Anak-anak Bila Suruh Sidai Baju

Antara masalah anak-anak ialah nak sidai baju. Basuh okay lagi. Cuma bila suruh sidai baju tu, siap boleh bergaduh dulu.

Itu satu hal, kalau suruh sidai baju, lepas sejam pun belum tentu siap. Nak tunggu sangkut dekat hanger, sampai ke penyidai, sempatlah saya jadi singa.

Kemudian, bila dah sidai, nak suruh angkat tu, tunggu pula sehari dua lagi. Proses basuh, sidai, sampai masuk balik dalam rumah, makan dua tiga hari juga

Tahun lepas, tengok jiran beli dryer. Tapi masih belum rasa nak beli. Sebab bagi saya, sekarang ni banyak je dobi layan diri. Buat apa nak membazir beli.

Sampailah satu ketika, saya rasa, macam kena sangat beli benda alah ni. Entahlah. Rasa memang macam kena beli.

3 Jenis Dryer Yang Ada Di Pasaran

Saya pun godek-godek Google. Buka YouTube. Nak tahu apa benda dryer ni sebenarnya.
Okay, baru saya tahu, dryer ni ada 3 jenis. Ni sekadar pemahaman sayalah ya.

1. Vented – harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
2. Condenser – harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.
3. Heat pump – konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni.

Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)

Masalah Sekarang Saya Nak Beli Yang Mana

Tanya grup sana, tanya grup sini. Akhirnya, saya memilih untuk beli yang jenis Condencer. Cari punya cari, saya jumpa di Lazada. Harga pun okaylah bagi saya. RM 1200 saja. Masih dalam bajet.
Lepas tanya itu ini dekat seller, alhamdulillah, hampir pasti saya beli yang ini.

Tiba-tiba saya dapat notifikasi daripada grup yang pernah saya tanya. Jawapannya membuatkan saya fikir lebih panjang.

Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”

Sekali lagi saya fikir dengan lebih dalam. Betul juga.

Saya godek-godek kedai yang saya nak beli tu, jumpa dryer jenis Heat Pump jenama Samsung, model DV80TA220AE.

Saya cari lagi info di YouTube dan blog. Ternyata apa yang dikatakan itu benar.

Lepas tolak itu ini, terus saya tukar niat. Ambil jenis Heatpump terus. Tanpa banyak bunyi.

Lepas beberapa ketika saya cuba dryer ni, ternyata apa yang dikatakan itu adalah benar. Senang banyak rupanya guna dryer ni.

Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap. Kering boi.

Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.

Lagi Kelebihan Dryer Jenis Heat Pump

Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.

Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww.

Kalau tanya saya, puas hati tak beli? Jawapan saya puas hati gila. Berbaloi tak beli yang Heatpump? Sangat berbaloi.

Alah membeli, menang memakai. Senang tak pakainya? Senang sangat. Sampai dah terlupa cara nak sidai baju macam mana

Jimat tak? Setakat ni, okay kot.

Baca sini : Ada bajet belilah dryer, tapi ambil tahu dulu perkara ini sebelum beli.

Buat Kiraan Sendiri Sebelum Membeli Dryer Jenis Heat Pump

Sebelum beli, cuba kalian buat kira-kira dulu. Antara basi baju di dobi layan diri dengan kalau beli mesin ni.

Sekarang ni, musim moratorium.

Kepada isteri-isteri yang TIDAK TERJEJAS, sebelum suami buat duit tu beli PS5, iPad Pro, Samsung S21 Ultra dan seangkatan dengannya, mintalah ketepikan duit tu sikit untuk beli benda ni. Serius, saya berani kerat kuku, memang puas hati.

Suami-suami, kalau isteri suruh beli, belilah. Kompom tak menyesal. Kalau isteri suruh basuh baju, saya jamin, kalian akan buat tanpa banyak bicara. Senyuuuuuuum je. Silap-silap, isteri tak suruh basuh baju pun, kalian sendiri yang nak basuh. Ha gittew.

Lagipun, bukan untuk orang lain. Untuk kesenangan bersama juga, kan?

Ha, isteri-isteri. Apa lagi. Tag lah suami kalian. Cepat. Sebelum duit moratorium bulan pertama ni habis.

Apa macam? Terasa seperti diracun?

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer