Sekali lagi Astro menampilkan slot MegaDrama menerusi drama hebat ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ yang menggandingkan pelakon utama Redza Rosli dan Harissa Adlynn. Selepas  fenomena drama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ selesai kini penonton disajikan dengan drama air mata tentang ketabahan seorang isteri dalam melayari kehidupan bersama suami yang tinggi egonya.

Disiarkan bermula 1 Julai, jam 10 malam menerusi Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan lain seperti Saidah Kamarudin, Kael Noah, Faye Kusairi, Esma Daniel, Aleza Shadan, Idzham Ismail, Razman Mahayuddin, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

Drama Terbaru Astro Dedaun Hijau Di Angin Lalu Paparkan Ego Seorang Suami, Mampukah Isteri Teraniaya Bertahan?

Malang Seorang Wanita

Drama diadaptasi dari sebuah novel karya Manaf Hamzah arahan Jamal Khan dan terbitan SR One Sdn Bhd ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Intan yang dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Manakala Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

IKLAN

Drama Terbaru Astro Dedaun Hijau Di Angin Lalu Paparkan Ego Seorang Suami, Mampukah Isteri Teraniaya Bertahan? Drama Terbaru Astro Dedaun Hijau Di Angin Lalu Paparkan Ego Seorang Suami, Mampukah Isteri Teraniaya Bertahan?

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini. Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.

Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

IKLAN

Kemudian kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?

Drama Terbaru Astro Dedaun Hijau Di Angin Lalu Paparkan Ego Seorang Suami, Mampukah Isteri Teraniaya Bertahan?

Buat peminat Astro MegaDrama jangan lepaskan peluang anda untuk menontonkan drama terbaik ini. ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

IKLAN

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

 Juga strim ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ di sooka untuk huburan tanpa kontrak. Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI