Cuba fikir, betul ke silap mak ayah bila anak buat perangai di sekolah? Ya, memang tak mudah nak disiplinkan seorang anak di rumah tetapi nak tak nak mak ayah patut mulakan dari peringkat awal untuk elak daripada berlaku drama pelik-pelik di sekolah.
Jadi untuk buang sikap buruk dalam diri mak ayah, jemput baca perkongsian Puan Siti Saleha Jaffar ini, apa yang ditulis di status Facebook miliknya tular dan mendapat perhatian ramai…
Realiti Di Sekolah
Selama 4 hari follow rayqal, mengajar dan memantau cara membeli, mengajar menunggu mamy/abah ambil, mengajar naik turun van, inilah realiti yang terjadi di depan mata…
1. Mak Ayah Tak Ikut Arahan
Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar dari tapak perhimpunan untuk meneruskan kelancaran aktiviti, tindakan sesetengah ibu bapa mengabaikan arahan itu malah berwefie dan memaksa anak-anak pose.
Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak degil dan mengingkari arahan, jadi anda mengharapkan cikgu untuk didik anak anda tidak degil dan mengikut arahan??
2. Duduk Tempat Makan Anak Murid
Waktu anak rehat, ibubapa mengambil tempat duduk murid lain untuk temankan anaknya sahaja makan. Maka murid tersebut terpinga-pinga sambil memegang pinggan dan air sambil mata meliar mencari tempat duduk..kawan terlanggar habis mee dan air tumpah, bayangkan itu yang terjadi pada anak kita sendiri.
Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain
3. Ambil Gambar Waktu Sesi Belajar
Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar di hadapan kelas untuk memulakan sesi pembelajaran tapi arahan diingkari malah keluarkan smartphone sambil snap gambar.
Ads
Hakikat : Ibubapa mengajar anak untuk tidak yakin dan tidak mempercayai seseorang yang menjalankan amanah, mengajar anak tidak menghormati hak orang lain.
4. Cakap Menipu
Sambil beratur membeli buku dan bayar yuran, seorang bapa sambil memimpin anak berusia 4-5 tahun memotong barisan.
“cikgu, berapa lama nak beratur nie, saya kejap lagi nak masuk kerja.”
Maka si anak kecil petah berkata-kata, “Papa kata cuti hari nie nak bawak adik pergi tengok cerita jumanji”. Dan si kecil itu dijerkah bapanya di khalayak ramai.
Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak bercakap bohong, menipu, tidak sabar dan menjatuhkan maruah orang di hadapan orang adalah tidak salah
5. Ambil Hak Orang
Ibubapa beratur bersesak-sesak dengan murid lain membeli makanan untuk anaknya seorang dengan tujuan mengajar cara membeli di kantin. Maka drama berlangsung lebih kurang 5-7 minit di situ. Murid-murid lain dibelakang masih ramai lagi. Apabila masing-masing dapat makanan, baru menyuapkan makanan sesuap dua, loceng berbunyi tanda waktu rehat berakhir. Maka si polos, bangun sambil menoleh makanan yang tak sempat dihabiskan dan berlalu mencuci tangan.
Ads
Hakikat : Ibubapa mengajar anaknya cara mementingkan diri sendiri, mengambil hak orang lain dan tiada rasa belas pada orang lain. Apa salahnya buat role play jual beli di rumah??
6. Parking Kereta Sesuka Hati
Parking kenderaan dan van sekolah dipenuhi oleh kereta-kereta ibubapa yang mahu mengambil anaknya. Dikejauhan terlihat murid yang masih belum biasa menangis keseorangan mencari van yang terselindung disebalik kenderaan ibubapa lain.
Hakikat : Ibubapa mengajar anaknya mementingkan diri, tidak peduli orang lain dan mengambil hak orang lain itu tidak menjadi satu kesalahan.
Begitulah drama realiti serba sedikit yang terjadi di hadapan mata.
Sedih memang cukup sedih melihat betapa masyarakat sekarang semakin tenat adab, akhlak dan tingkah laku.
Lagi sedih, bila memikirkan sikap generasi akan datang 10-20 tahun lagi bagaimana hasil corakannya.
Ads
Sedarlah wahai ibubapa, dikala kita galak menyalahkan guru-guru atas tingkah laku anak kita yang tidak seperti diharapkan, sebenarnya anak itu sendiri belajar dari ibubapanya.
Dikala kita galak memarahi guru-guru yang menghukum anak-anak kita atas kesalahannya, sebenarnya kita sendiri mencorakkan corakan hitam pada sisi hidup anak kita sendiri.
Sebelum kita meletakkan sesuatu kesalahan anak kita pada orang lain, refleks diri dulu… tanya pada diri sendiri sudah cukup sempurnakah didikan kita pada anak kita.
Guru yang sebenar-benar guru adalah ibubapanya sendiri dan guru disekolah bertanggungjawab menggilap lagi potensi anak yang kadangkala ibubapa terlepas pandang.
Ingat hakikat ini walau pahit untuk diterima.
Ibubapa adalah cerminan anak-anak.
Mak Ayah lah sebenar-benar guru pada anaknya.
Jadi bertanggungjawablah usah dilepaskan amanah itu di bahu orang lain.
Kelak disana terkaku kelu lidah untuk menjawab dihadapan pencipta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nekad berhijrah & pilih kehidupan sederhana, Eja perbaiki diri demi insan tersayang. Pelakon Eja atau nama sebenarnya, Siti Sharizah Saifuddin, 50 sudah lama menyepikan diri dalam bidang seni.
Namun figura ini tetap memiliki aura tersendiri dan lakonannya masih diingati hingga kini. Ibu kepada seorang cahaya mata yang terkenal dengan sikapnya yang begitu santun dan merendah diri ini akui bukan mudah pada awalnya mengambil keputusan berehat dalam bidang seni.
Nekad Berhijrah & Pilih Kehidupan Sederhana
Bergelar pelakon lebih dua dekad lalu, Eja akui begitu sayangkan kariernya namun dia mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.
Menyingkap kisahnya, Eja menerangkan anaknya Nur Eishal ketika itu juga baru sahaja memasuki alam persekolahan, sekali gus menuntut perhatian besar daripadanya sebagai ibu.
“Saya uruskan anak dan rumah tangga tanpa pembantu. Daripada seorang pelakon yang sibuk berkejar ke lokasi penggambaran sana sini, kehidupan saya berubah 360 darjah setelah bergelar suri rumah sepenuh masa.
“Bukan mudah, tetapi saya cuba dengan sebaiknya untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah suami banyak membantu dan cukup memahami,” ujarnya turut menerangkan anak tunggalnya kini sudah berusia 13 tahun.
Menjadi Lebih Baik
Eja memilih kehidupan sederhana untuk mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan memperbaiki kehidupan agar menjadi lebih baik untuk insan tersayang.
“Selepas berhijrah dan tampil bertudung, banyak perubahan berlaku dalam kehidupan saya. Apatah lagi pada 2017 saya kehilangan ibu mertua yang benar-benar memberi impak kepada saya dan keluarga.
“Sejak itu saya mula terdetik untuk memperbaiki kehidupan agar menjadi lebih baik untuk keluarga dan orang-orang yang saya sayang.
“Saya nekad berehat daripada dunia seni dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan mendekatkan diri dengan Allah SWT,” kata Eja.
Bukan Mudah, Keputusan Tidak Berbolak Balik
Eja juga menyatakan pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya, termasuk menjauhkan diri daripada media sosial demi memastikan agar keputusan dibuat itu tidak berbolak-balik.
“Bukan mudah untuk kekal dengan keputusan yang dibuat kerana ketika itu saya terlalu sayangkan kerjaya seni dan masih ragu-ragu apakah itu satu tindakan betul.
“Untuk memastikan diri tidak terganggu, saya tidak lagi mengemas kini perkembangan diri dalam media sosial. Malah saya juga unfollow ramai rakan dalam industri agar saya juga tidak mengikuti perkembangan mereka.
“Saya minta maaf kerana saya tahu ada dalam kalangan mereka berkecil hati dengan tindakan itu, namun saya perlu berbuat demikian untuk mengelak rasa rindu dengan rutin saya sebagai pelakon sebelum ini,” sambung Eja.
Eja yang kini tampil dengan produk Sambal Eishal berharap dapat menimba pengalaman berbeza dalam bidang baharu yang diceburi.
“Daripada Ratu Bulu Mata kepada Ratu Sambal. Saya sendiri tidak menyangka dengan rezeki yang Allah berikan pada saya hari ini.
“Alhamdulillah peluang mengusahakan Sambal Eishal datang pada waktu tepat. Anak sudah besar, sekali gus memberi ruang kepada saya menceburi bidang perniagaan,” katanya yang turut memberitahu Sambal Eishal didatangkan dengan empat perisa iaitu Sambal Petai, Sambal Mangga, Sambal Limau dan Sambal Kicap.
Mingguan Wanita: Suka dengan sikap Eja yang tidak pernah berubah sentiasa lemah lembut dalam tutur katanya.
Ibu ini sentap bila anaknya disamakan dengan anak mamak oleh seorang wanita yang digelarnya makcik bawang. Betapa setiap ibu akan mempertahankan anaknya dengan apa cara sekalipun. Hatta kata-kata daripada orang yang tak dikenali pun boleh menggores hati seorang ibu. Ini cerita realiti yang terjadi dalam masyarakat kita.
Saya bukan nak tanya soalan tapi saja nak share satu cerita yang menyakitkan hati saya semalam.. Macam mana ye nak layan mulut makcik bawang yang sekarang ni makin banyak sangat kat luar sana?
Ceritanya semalam saya pergi majlis kesyukuran jiran. Ramai juga la yang layan anak saya. Anak saya baru 3 bulan. Dalam ramai-ramai orang tu, ada sorang makcik bawang sebelah saya tiba-tiba je dia cakap “macam anak mamak” cakap kuat-kuat pulak tu.
Padahal anak saya tak ada la hitam sangat pun. Kulit anak saya sawong matang. Saya terkejut dia cakap macam tu tanpa rasa bersalah. Depan-depan orang ramai dia hina anak saya.
Saya dengan rasa marah, terus ambil anak saya dan minta izin kat tuan rumah untuk balik.. Suami pun tak banyak cakap dan dia ikut je. Maybe dia pun marah dengan makcik tu.
Saya dan suami ambil keputusan balik terus (padahal baru sampai) sebab takut kalau lagi lama kat situ, lagi tak terkawal rasa marah kami. Sampai ke pagi ni saya masih teringat lagi kata-kata makcik bawang tu.
Kalau cakap sekadar bergurau, tak apa la asaya boleh terima. Tapi makcik tu cakap serius siap jeling lagi kat anak saya. Saya harap sangat lepas ni saya dah tak jumpa dah spesies makcik-makcik bawang ni.
Sebak sekali perkongsian pelawak Ali Puteh ini. Akuinya tak mudah untuk mencari rezeki dalam keadaan anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah diuji sakit komplikasi paru-paru selepas lalui 12 jam pembedahan.
Semoga ada hidayah dari Allah…Ainul Mardhiah kuat!!!!! Terus kuat!!!!
Ainul Sudah Membuang Air Kecil
Terdahulu, anak keduanya yang berusia tiga bulan ini, Sharifah Nur Ainul Mardhiah disahkan menghidap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Terbaru dikongsi Ali, anaknya sudah membuang air kecil sendiri dan menunjukkan tanda-tanda positif. Walau bagaimana pun, Ainul masih lagi bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Ketika ini, Ali juga sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019. Itulah punca rezekinya untuk menampung kehidupan keluarganya yang sedang diuji ketika ini.
Demi Adik Ainul Mardhiah, Saya Kena Kuat
Kongsinya,
“Saya kena kuat! Demi mencari rezeki untuk adik Ainul.. saya kena kuat! Doakan buat saya dapat buat anda terhibur di Maharaja Lawak Mega Jumaat ni.”
“Walaupun dalam keadaan yang amat-amat perit.. demi adik.. Walid kena buat.”
Sebagaimana dilaporkan Harian Metro, keadaan Ainul masih lagi kritikal.
MW : Doa untuk Ainul semoga terus kuat dan membesar dengan sihat.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...