Berita

Drama Keluarga Itu Dedah Realiti, Ibu Muda Anak Satu Kongsi Trauma Jadi Mangsa

Share

Drama Keluarga Itu buka dedah realiti, ibu muda anak satu kongsi trauma jadi mangsa.Sekarang di TV3 tengah ditayangkan drama Keluarga Itu. Ia dibintangi oleh pelakon gred A seperti Datuk Rosham Nor, Datin Umie Aida, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Fattah Amin, Melissa Campbell dan lain lagi.

Drama Keluarga Itu Dedah Realiti

Ramai yang geram dengan Datin Ummi Aida yang seakan tidak mempercayai cerita anaknya, Puteri Balqis. Malah Rosyam Nor yang membawakan watak  Iman yang terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya iaitu menagih tubuh anak sendiri.

Di sebalik kisah drama ini yang trending,  seorang pengguna Tik Tok atas nama @mursalinhanif123  bertindak mendedahkan dirinya juga pernah menjadi mangsa. Dakwanya, dirinya seperti  Aqish yang melakonkan watak Dhamiah dalam drama Keluarga Itu.

@mursalinhanif123 #should #shouldbeme #fypviralシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #takdirmursalin #keluargaitu #puteribalqis
#aqish #haruan #fakesituation⚠️ #fakebodyy⚠️ ♬ original sound – linnif

Ibu Muda Anak satu Kongsi Trauma Jadi Mangsa

“Saya adalah seorang dari mangsa haruan makan anak ini. Ada orang kata kenapa buka aib keluarga, aib sendiri tapi apa yang orang tak tahu, ini pengalaman pahit atas jenayah yang dilakukan oleh ayah saya sendiri buat saya membesar dalam keadaan trauma. Bukan saja jadi mangsa haruan makan anak tapi juga jadi mangsa pukul.

“Ada orang tanya kenapa buka aib ayah sendiri, kenapa kongsi? Tapi masa saya jadi mangsa kerakusan ayah sendiri, ada ke ayah anggap saya anaknya? Seorang anak tak akan suka-suka membuat report pada ayah sendiri jika kejadian itu tak berlaku. Nak benci ayah sendiri? Anak tak bodoh dan tak akan buat semua itu.

“Macam aku, mak tak percaya apa aku ceritakan. Bila cerita demo salahkan kita. Dapat ayah narsistik, ajar benci pada mak sendiri. Banyak yang pahit dalam hidup saya kerana kejadian-kejadian teruk begini,” kata Lin yang mendedahkan trauma dilaluinya termasuk pernah dipukul dan tak dibenarkan ke sekolah. Sebaliknya perlu membantu jaga kedai runcit ketika usianya baru 13 tahun. Malah dirinya berkata, dia hanya sempat bersekolah beberapa bulan saja ketika tingkatan satu sebelum diberhentikan.

Dalam pada itu, dia yang bakal berusia 18 tahun pada Jun akan datang mengakui amat sukar untuk menerima takdir yang terjadi dan mengakui satu hari adanya kifarah atas perbuatan silam pernah terjadi padanya ketika remaja.

“Orang begini boleh terlepas di dunia tapi bukan di akhirat,” katanya yang dilihat tidak gentar walau tahu video pendedahannya itu ditonton oleh orang berkaitan dirinya. Jelas Lin dia melalui kesakitan itu seorang diri.Tiada siapa pernah mempercayai kisah diceritakannya dan itulah yang saya lalui,” katanya memaklumkan sudah berkahwin dan memiliki anak berusia 8 bulan.

Video viralnya sudah ditonton 2.6 juta dan Lin mengakui bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki yang baik selepas melalui episod duka ketika remaja.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.

“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.

“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros