Hiburan

Drama Bidaah & “Bad Marketing” Sensasi, Perbuatan Ia Lebih Teruk Di Sisi Islam – Ustaz Ahmad Sanusi

Share

Drama Bidaah & “bad marketing” sensasi, perbuatan ia sebenarnya lebih teruk di sisi islam – Ustaz Ahmad Sanusi. Kala ini drama Bidaah arahan Erma Fatima sedang ditayangkan di kaca tv. Memilih  tema ajaran sesat yang diketengahkan, kegiatan ini sememangnya wujud dalam dunia realiti.

Drama ini mula mencetuskan polemik di kalangan agamawan apabila ada adengan di atas ranjang iaitu elemen  kelucahan disajikan kepada penonton.

Drama Bidaah & “Bad Marketing” Sensasi

Seni dalam Islam tidak pernah diharamkan, malah ia sering digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Namun, seni juga mempunyai batasnya. Jika tujuan utama sesebuah karya adalah untuk membawa kebaikan dan mendidik masyarakat, maka cara penyampaiannya harus selari dengan syariat.

Menggunakan elemen lucah untuk “bad marketing”,  sebenarnya sangat teruk di sisi Islam dan hal ini  mendapat teguran dari Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga merupakan pensyarah Fakulti Pengajian Al-Quran & Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia yang menyifatkan perbuatan ini salah sama sekali.

Perbuatan Ia Lebih Teruk Di Sisi Islam – Ustaz Ahmad Sanusi

Baca perkongsiannya.

Drama Islamik Disulami Kelucahan

1. Heboh baru-baru ini mengenai drama berunsur Islamik yang disulami dengan elemen kelucahan. Ketika ditanya mengenai isu ini, pengarahnya memberikan jawapan bahawa filem itu ingin sekadar membawa mesej agama.

2. Pada hakikatnya, dalam membawa mesej Islam, unsur kelucahan sama sekali tidak diperlukan malah ia jelas bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri. Mesej Islam akan tetap sampai tanpa elemen kelucahan. Begitu juga Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara.
3. Mungkin juga babak ini merupakan elemen kontroversi terancang bagi bertujuan menarik penonton melalui konsep “bad marketing.” Andai plot ini merupakan instrumen pemasarannya, maka ia lebih teruk di sisi Islam. Rasulullah mengecam pengusaha sebegini yang menggunakan elemen kejelekan dalam produksi mereka.
Sabda Rasulullah:
إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ
“Sesungguhnya para pengusaha (peniaga) akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertakwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)
4. Malah Rasulullah turut mengecam pengusaha yang menggunakan elemen lagha (sia-sia) dalam produk mereka apatah lagi mereka yang menggunakan unsur-unsur kelucahan yang menjengkelkan. Sabda Rasulullah:-
يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ، إِنَّ هَذَا الْبَيْعَ يَحْضُرُهُ اللَّغْوُ، وَالْحَلِفُ، فَشُوبُوهُ بِالصَّدَقَةِ
“Wahai para peniaga, sesungguhnya perusahaan ini akan disertai dengan unsur lagha (sia-sia dan dosa) dan sumpah (bagi tujuan melariskan). Maka hapuskanlah ia dengan sedekah.” (HR Ahmad).
5. Namun sekiranya elemen ini dimuatkan secara sengaja, adakah kita ingin mencari sumber pendapatan melalui jalan yang dicegah oleh Allah? Adakah makanan yang bakal menjadi darah daging kita ini, kita kaut hasilnya melalui elemen yang jelas dibenci oleh Rasulullah.
Sumber yang haram akan pasti mengganggu ibadah dan doa kita. Sabda Rasulullah:
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ، يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

“Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia mengangkatkan kedua tangannya ke langit dan berdoa: Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dipenuhi dengan sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan diterima? (HR Muslim).Semoga Allah membimbing kita. Kredit :-Dr Ahmad Sanusi Azmi.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.

“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.

“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.

Published by
Almaswa Haji Che Ros