Dalam merasai bahang suasana politik di dalam negara, figura wanita hebat mantan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,70, turut mencuri tumpuan.
Disebalik sisi ketokohan dan kepimpinan beliau dalam memimpin negara, sesuatu yang kita perlu pelajari, wanita ini juga merupakan isteri yang cukup sabar, setia, bersama-sama ketika susah senang disamping suami, walau apa juga dugaan dan ujian yang menimpa.
42 tahun berjaya mengemudi bahtera rumahtangga, ternyata bukan suatu tempoh yang singkat. Perlu lalui penuh ranjau dan duri. Mendalami kata-kata Dr Wan Azizah yang menyambut ulang tahun perkahwinan bersama suami tersayang awal tahun lalu, ikrarnya walau apa pun yang terjadi, akan terus setia hingga ke akhir hayat.
WAN AZIZAH: Dari muda sampai berumur warga emas.
Wanita ini adalah wanita yang paling SABAR dalam mendukung perjuangan suaminya.
Suaminya pernah:
Jatuh
Naik
Dihukum
Dipenjara
Difitnah
Bermasalah
Ditipu
dan lain-lain.
Apa wanita ini lakukan?
Beliau tetap MENYOKONG suaminya.
Dari menjadi Doktor, menjadi isteri YB, isteri bekas TPM, isteri bekas banduan, menjadi TPM..
Apa wanita ini lakukan?
Beliau tetap MENYOKONG suaminya.
Beliau tidak meminta untuk dicerai atau meninggalkan suaminya, beliau tetap SETIA bersama suami dan perjuangan suaminya.
Beliau tidak pula mengaibkan suaminya balik sepertimana wanita zaman sekarang yang senang untuk sebarkan aib suaminya.
Beliau tetap teruskan perjuangan suaminya dan mendidik anak-anaknya menjadi MANUSIA.
Siapalah beliau untuk mengetahui takdir dirinya sebagai wanita yang mengahwini lelaki yang dicintainya yang akhirnya mempunyai 1001 ujian. Beliau tidak berundur, beliau menghadapi 1001 ujian itu.
Fuhh, saya tidak boleh bayangkan jika saya menjadi beliau.
Bisa sahaja saya mengalah….
Wanita muda zaman kini?
Adakah anda akan bersikap seperti beliau jika diuji seperti diatas?
Saya tidak tahu apa pandangan Allah kepada wanita ini.
Wa Allahu’alam.
Namun yang pasti,
saya berpandangan beliau
WANITA YANG HEBAT untuk kita ikuti.
Terutamanya tentang KESABARAN beliau sebagai isteri sebenarnya.
Kita tetap akan diuji dengan pasangan, anak-anak dan keluarga bukan? Itu dinyatakan dalam Al quran.
Wanita ini nampak gayanya sangat SABAR dalam menghadapi ujian Allah tentang suami, anak-anak dan dirinya sendiri.
Wanita ini mengikut perkiraaan saya, wanita ini punya ilmu agama dan mengamalkannya.Wanita berilmu agama seperti beliau dan mengamalkannya, in sha Allah wanita solehah.
Baik imannya baik mindanya, baik akhlaknya, baik hatinya.
Beliau: Wanita cerdik dan solehah.
Jika orang bertanya kepada saya, pada zaman moden akhir zaman ni, siapakah wanita yang ikon muslimah terbaik?
Saya namakan beliau,
Dr.Wan Azizah.
WANITA PALING SABAR DENGAN SUAMINYA.
Fatni SyukurLee, KL
25/2/2020
#bolehbuatmovietentangbeliau
“Pandang Muka Suami Kita, Siapa Pun Dia, Itulah Yang Allah Dah Pilihkan Sebagai Jodoh Kita..”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat wanita bergelar isteri. Banyakanlah bersabar, menutup aib, menyokong dan kekal setia dengan insan yang bernama suami, walau bagaimana pun kita diuji.
Sumber: Avana Fatni SyukurLee