Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella. Menerima tawaran dari beberapa sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Permata Pintar Negara (KPPN) hasil kecemerlangan akademik Bella, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar akhirnya mengumumkan di Instagram mereka sekeluarga memilih Kolej Permata Pintar bagi anak sulungnya itu meneruskan pendidikan di peringkat menengah.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dirinya dan keluarga sudah membuat pelbagai perbincangan termasuk melakukan solat istikharah, akhirnya sepakat memilih pusat berprestij tersebut untuk anak sulungnya, Sophea Isabella, 13.
Menulis di instagram rasminya, kata angkasawan negara ini, walau menerima beberapa tawaran sekolah berprestij lain, namun ada pelbagai faktor diambil kira oleh dirinya dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos sebelum membuat pilihan ini.
Apa yang menjadikan sebuah sekolah yang hebat? Guru-guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan, pendidikan berpusatkan pelajar, jangkaan tinggi, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.
“Banyak sekolah hebat di luar sana dan setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemelangan, prestasi dan sejarah yang terbukti.
“Selepas berfikir dan berbincang serta solat istikharah, kami memilih Genius Permata Pintar (Kolej Permata Pintar), kongsinya.
Tambahnya, hal ini didorong oleh persekitaran yang bakal menggilap bakat dan kemampuan anaknya.
“Sekolah KPPN yang mencabar minda Bella, bercampur dengan rakan sebaya yang cemerlang membuatnya mampu menunjukkan potensi sebenar.
Jelasnya lagi, memilih sekolah yang betul penting tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kami berharap ia adalah pilihan yang tepat untuk Bella, kata bapa kepada tujuh anak ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Cara Dr Sheikh Muszaphar Mula Latih Anak Berpuasa Umur 5 Tahun!
Kembar Panjat Atas Bahu Sampai Nak Makan Pun Tak Sempat, Sabarnya Dr Sheikh Muszaphar Didik Anak
‘Balik Rumah Makan, Salin Baju Bergegas Ke Sekolah’ Dr Sheikh Muszaphar Doakan Anak-anak Kuat