Berita

Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin Amira Dedah Dari Bergelar Sahabat Baik Kini ‘Business Partner’ “Tipnya Saling Percaya, Jujur Dan Amanah“

Share

Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin dedah dari bergelar sahabat baik kini ‘business partner’. Persahabatan yang terjalin antara dua wanita hebat ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Dek kerana semangat setiakawan kedua mereka dari rakan sekerja kini ‘business partner’ dan  telah membuka sebuah klinik.

Ketika ditemui dua sahabat baik ini  memberitahu nama Dr Ana untuk klinik ini merupakan gabungan nama mereka.

“Kami berdua merupakan rakan sekerja dan membuat keputusan bersama-sama untuk membuka rangkaian klinik sendiri. ANA merupakan gabungan nama saya, Fatin Amira dan Dr Sharifah Najwa,” ulas Dr Fatin membuka bicara.

Dr Sharifah Najwa & Dr Fatin Amira Bergelar Sahabat Baik

Mengakui sudah lama saling mengenali, Dr Sharifah Najwa turut mendedahkan saling mempercayai, amanah dan semangat setiakawan membuatkan dirinya cukup selesa bersahabat baik dengan Dr Fatin sekaligus yakin dengan kerjasama ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti dan pengurusan kepada semua pelanggan.

Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan kesebelas mereka di Nilai, Negeri Sembilan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia.

Menurut Dr. Fatin Amira, pengasas Klinik Dr. Ana, Nilai dipilih sebagai lokasi terbaru kerana potensinya yang besar.

“Nilai merupakan kawasan yang pesat membangun dengan komuniti yang dinamik. Ia juga berada di lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya, menjadikannya destinasi yang ideal untuk memperluaskan jenama kami. Dengan hab membeli-belah terkenal seperti Nilai 3 dan AEON Mall, kuasa beli di kawasan ini cukup tinggi, memberi peluang kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan pelanggan,” jelas Dr Fatin lagi.

Penuhi Keperluan Komuniti Tempatan

Pembukaan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap akses kepada penjagaan kesihatan moden dan inovatif. Klinik Dr Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.

Cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, malah ia direka sebagai Signature Branch dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah, dan selesa.

“Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin.

Kembangkan Jenama Ke Peringkat Yang Tinggi

Melangkah ke hadapan, Klinik Dr. Ana mempunyai visi besar untuk menjadi peneraju dalam industri kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Menurut Dr. Fatin, mereka merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan ke kawasan strategik lain seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Kami juga bercadang untuk memperkenalkan klinik pergigian dan farmasi di bawah jenama Dr. Ana. Selain itu, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jangka panjang, kami merancang untuk membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi melalui penyenaraian awam (IPO),” katanya.

Baca Disini : Impian Dr Fie Tercapai, Nubhan Buka Klinik Gigi Untuk Isteri Tersayang “Rezeki Baby Baru”

Untuk memastikan perkhidmatan yang konsisten di setiap cawangan, Klinik Dr. Ana menekankan latihan berkala kepada kakitangan mereka. Mereka juga mengutamakan maklum balas pelanggan sebagai asas untuk penambahbaikan.

“Kami mempunyai Service Recovery Unit yang khusus menangani sebarang aduan dengan segera dan efisien. Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi di semua cawangan,” tambah Dr. Sharifah.

Published by
Norhayati Suboh