Hiburan

Dr Say Tak Berkira Jaga Anak, Asalkan Isteri Tenang Dalam Pantang

Share

Berapa ramai suami yang ada kesedaran macam Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr Say ini? Tak berkira bantu urus isteri, Dr Azura Abas dan bayi lelakinya, Aezriel. Agar isterinya itu tenang sepanjang berpantang.

Dalam perkongsian Dr Say di instagram, akuinya kehadiran cahayamata mengubah kehidupan mereka sepenuhnya. Biarpun masing-masing bergelar doktor. Namun, ilmu parenting itu ternyata berbeza dari ilmu perubatan.

 

 

 

Bergelar ibu bapa baru sebenarnya bukan mudah. Lagi-lagi akuinya, ketika ini mereka tinggal berdua. Nak tak nak, kenalah selesaikan ‘ragam’ bayi berdua dengan isterinya. Nak dirujuk pada mak atau mak mentua pun tiada di depan mata.

Mungkin ramai yang berfikiran, “alaa.. korang sure senang jaga baby sebab korang berdua kan doktor.”

Well peeps, kami tak diajar langsung on how to handle a baby masa kami belajar medic dulu. Yang kami diajar; perkembangan, imunisasi, apa yang perlu dilakukan kalau baby kuning atau demam atau sawan dan benda-benda perubatan berkaitan baby.”

Tak ada dalam text book kami mengenai camane nak bagi baby senang tidur, camane nak atasi baby perut kembung, camane nak kekal tenang bile baby meragam. Maka semua perkara berkaitan baby ni agak asing bagi kami.”

 

Ini Dr Say Buat Agar Isteri Tenang Dalam Pantang

Kadang-kadang saya lihat bini saya breakdown bila baby meragam. Yelah dah la bini sakit kena operate, pastu ni baby pertama kami. So agak clueless on what to do.”

Tak hairan wujud disorder bernama Postpartum Depression

.”

Kami tak dak maid dan tak duduk sekali dengan mak atau mak mentua. Maka time nilah suami memainkan peranan penting. Bukan nak angkat bakul, tapi saya cuba ringankan beban bini kat mana yang patut.”

√   Bila bini tengah menyusu, saya sediakan segelas air atau susu untuk dia.

√   Bila bini nak pam susu, saya sediakan alat-alat pam dan cuci afterwards.

√   Bila baby meragam, saya tapau kendong bawa dia jalan-jalan supaya bini boleh rest.

Tapi saya taklah perfect mana. Sebab lately tidur malam saya cukup 7 jam. Saya ingat baby sekarang bagus tak bangun malam dah. Rupa-rupanya bini saja tak mau kejutkan saya yang tidur mati.”

 

Jangan Risau Mak Ayah.. Yang Penting Kerjasama Tu

Kesimpulan cerpen ni, parenting takes two to tango & noone in the world is perfect in handling babies walaupun parents tu dah ada 10 anak coz each baby behave differently.

Maka sekiranya parents kat luar sane yang anxious & overwhelmed dengan kehadiran baby baru, it’s OKAY. Yang penting keep ur calm & work together with ur partner coz tanpa disedari si kecil akan membesar dengan pesat sehinggakan kita rindu waktu dia masih bergelar si kecil.

P.S : Bakal tido luaq saya malam ni kalau bini tau saya up gamba dia tidoq, tapi gamba depa berdua tidoq kat saya ni bagi saya kepuasan yang tidak ternilai harganya.

Sumber/Foto : Dr Shazril Shaharuddin

Published by
webadmin