Dr Say Shazril Kongsi Cara Murah Rezeki, Antaranya Belanja Dan Bahagiakan Isteri, Dr Azura Abas

Rupanya nak menjemput rezeki ini mudah saja wahai suami. Tak perlu buat yang pelik-pelik pun. Cuma bahagiakan dan belanja isteri saja dah menjadi. Ini yang dikongsikan doktor viral, Dr Shazril Shaharuddin yang lebih mesra dengan panggilan Dr Say dalam instagram miliknya.

Doktor yang turut menjayakan program TV, My Doctor ini akui kebahagiaan seorang suami itu terletak pada kebahagiaan seorang isteri. Sweet habis baca perkongsian doktor muda ini yang didedikasikan untuk isterinya, Dr Azura Abas.

Pernah tak korang dengar kebahagiaan seorang suami terletak pada kebahagiaan isterinya? Kalau tak pernah dengar, haa.. ni saya reka untuk anda dengaq berdasarkan pengalaman saya.

Kalau saya dapat job dan saya tak share dengan bini, mesti lepas tu saya susah atau lambat nak dapat job. Tapi kalau saya dapat job dan cerita kat bini dan some portion of it saya belanja bini, mudah dan cepat je next job masuk.”

 

Dr Say Shazril Dedah Cara Nak Jemput Rezeki, Belanja Dan Bahagiakan Orang Rumah

Bila Merajuk, Saya Tidur Kat Sofa

It has always been a dream of mine untuk provide rumah yang selesa untuk bini. Sebab kesian bini saya terperuk dalam studio kecil dengan saya.”

IKLAN

Kat studio ni kalau bebila saya merajuk nanti saya tidur kat sofa yang terletak betul-betul sebelah katil dia. So, bini tak rasa impact saya merajuk.

Sebab yalah, still boleh nampak saya tidur terkangkang kat sofa sebelah dalam penglihatan dia. Lepas ada rumah ini, kalau saya merajuk boleh saya tidur jauh-jauh sikit. Bagi dia terasa sikit ketiadaan suami. Hehehe..

Kesimpulannya yang saya cuba sampaikan. Sentiasalah berkongsi momen-momen anda walaupun sekecil-kecilnya dengan yang tersayang kerana jika mereka bahagia pasti kehidupan anda akan juga bahagia.

Macam omputeh cakap ‘Happy wife, happy life’. Enjoy ur last day of weekend with ur love ones peep!

IKLAN

 

Dr Say Hargai Wanita ‘Especially This Amoy Next To Me’

Sememangnya pasangan suami isteri muda ini tahu bagaimana mahu membahagiakan hati pasangannya. Benarlah tempat isteri, sememangnya di sisi suami yang menyayanginya.

Selama 10 tahun Dr Say Shazril mengenali isterinya, Dr Azura dan 4 tahun mendirikan rumahtangga. “Tak dinafikan terlalu banyak ups and downs, quarrel and babble dengan perempuan ini.

IKLAN

Dari sekecil-kecil Odette tak reti support Hilda bila orang ajak team fight sampai lah sebesar-besar suami tak kerja tapi earning more than bini yang bekerja.

At the end of the day, orang yang saya cari, yang saya perlukan will always be my bini. So, sempena Womens’ Day ni saya nak ucapkan kepada bini saya yang you will always be my number 1 rival.” luah Dr Say Shazril sempena Hari Wanita yang lalu.

Sebab apa I selalu panggil you nub la, feeder la, is because I jeles dengan you. Insecure of you because I know you are capable of becoming so much more in life compared to me that I’m scared of losing you.”

But jangan risau I akan terus keep up dengan you & promised I will give you better life in future k? You kerja dulu as for now nanti masa depan biar I kerja for you k? Love you loads hun. Abis kerja nanti kita Mobile Legend sesame k?

Korang pun wish your loved ones cepat. Rendahkan ego untuk sehari ni derahh..

Sumber/Foto : Instagram Say Shazril

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI