Dr Say kongsi pengalaman hantar anak ke taska hujung minggu, hasilnya hubungan suami isteri lebih rapat.
Terpanggil untuk mengulas isu yang sedang tular di media sosial kala ini di mana menghantar anak ke taska untuk me time dengan pasangan, Dr Say yang bakal menimang cahayamata ketiga Januari tahun depan berkata, dirinya pernah melalui pengalaman yang sama.
Melakukan kerja yang sama setiap hari adalah “kepenatan” yang mungkin tidak terluah kerana setiap orang akan melalui frasa ini dalam hidup terutama saat anak-anak masih kecil dan memerlukan penjagaan rapi. Dan berdasarkan pengalamannya, dirinya berkongsi hal ini untuk diperbincangkan secara ilmiah, adakah tindakan menhantar anak ke taska untuk me time ini salah, atau wajar dibuat?
Berkongsi di instagramnya @say_shazril, katanya selepas menghantar anaknya ke taska pada hujung minggu, doktor ini mengakui sesuatu yang amazing terjadi dalam rumah tangga termasuk pada hubungan suami isteri.
Once upon a time, saya pernah ada maid untuk 2 tahun yang turned out dia hisap rokok. Traumatised dengan maid tu, lepas habis contract kami bye-byekan dia & tepat lepas dia pergi, anak kedua kami was born. Masa tu kami bagitahu ourselves, its okay, we can do this. Tapi kami perasan yang kami selalu kelahi, selalu berkira buat kerja rumah dengan one another, selalu in bad terms SEBAB WE WERE EXHAUSTED.
Masa tu bini tengah buat masternya, saya the only income provider. Anak autism dalam fasa ketidakstabilannya, yang baby memerlukan extra attentionnya.
SETIAP HARI RASA SEPERTI BUAT BENDA SAMA. Ada satu masa tu, i was scared for the next day sebab dari bangun sampai tidur akan hadap benda sama yakni bancuh susu anak, basuh botol, buang sampah, kemas toys anak dan buat kerja-kerja rumah yang lain.
Jadi i told my wife, we need to do something cause this vicious cycle is not healthy. Mujur kami terjumpa taska yang boleh jaga anak on weekend. 1st time kami anta anak on weekend memang rasa bersalah tapi kami berjaya qada tidur, berjaya reconnect with each other, berjaya PECAH DARI RUTIN & IT FELT AMAZING!
Bila amik anak dari taska tu, we felt rejuvenated, more energetic, more ALIVE! Dan kami perasan bila kami banyak ambil “short break from the kids” macam ni, hubungan kami suami isteri lebih rapat, attention kami kepada anak-anak lebih padu & we as a family were more happy.
Dan if you ask me, anta anak-anak kat taska lagi baik daripada anta anak-anak kat mak ayah/ adik beradik sebab at least kita bayar taska tu (unless family members volunteer nak jaga anak-anak).
In a nutshell, YOU DO YOU. Only you know the level of stress you are going through, only you know your level of burn out juggling between working & parenting, only you know what is best for you & your family sebab kalau you sendiri terumbang ambing, trust me your kids are gonna be the same.
Apa kata korang? Ke memang parents yang anta anak ke taska untuk berjoli ni keji? Open discussion please.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Suami Isteri Selalu Bertegang Urat, Mula Dengan ‘Perli-perli’ Akhirnya Bergaduh
Dating Itu Penting Dalam Rumah Tangga, Inilah Masa Suami Isteri Nak ‘We Time’
Dating Suami Isteri Itu Penting, Anak Berderet Macam Keretapi, Itu Bukan Masalah
Suami Isteri Hentikan ‘Habit’ Ini, Dosa Yang Selalu Dibuat Tanpa Sedar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.