Dr Say Kongsi Bil RM15,000, suami mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat isteri dan anak. Bagusnya personaliti TV, Dr Say Shazril yang begitu bertanggungjawab dan berasa tidak rugi berhabis puluhan ribu ringgit untuk kos isteri bersalin.
Dr Say dan isterinya Dr Azura Abas baru saja menimang cahaya mata keduanya yang diberi nama Sefriel pada 18 Ogos yang lalu. Menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya Dr Say berkongsi bil hospital yang mencecah RM15,000.
Namun sebenarnya Dr Say berasa bersyukur kerana dia menjangkakan kosnya boleh mencecah RM25,000 kerana isterinya diwadkan selama enam hari lima malam.
Dr Say Kongsi Bil RM15,000
“Jeng Jeng Jeng, Bil Hospital Baby Sef
“Seperti yg dijanjikan, inilah dia bil hospital baby Sef. Masa bersalin Ace dulu untuk empat hari tiga malam bil hospital was RM20k, jadi bila kami kena tahan enam hari lima malam kali ni, saya menjangkakan yang bil akan jadi around RM25k but i was wrong. Lepas tolak discount, bil kali ni was RM15k.
“Yes ade discount kat SJMC. Ramai dm mintak package price SJMC tapi mintak maaf SJMC takde package-package. Yang saya tahu kalau bersalin normal kena letak deposit RM8k dan kalau caesar kena letak deposit RM12k. Dulu mahal sebab caesar bini berlangsung pada hari minggu (hari minggu charges-nya berbeza ye di hospital swasta).
Tak Nafikan Bil Mahal, Tapi Ada Sebab Pilih Hospital Swasta
“Membazir lah bersalin kat hospital swasta”. Tak dinafikan mahal bil ni tapi ada sebab kenapa kami pilih SJMC. Pertama, ke-complicated-an bini saya yang mana dia pernah underwent major operation masa dia muda2 dulu yg organ2 dalaman dia ada banyak lekatan yang teruk.
“Kedua, SJMC adalah tertiary private hospital yang mana ada banyak kepakaran di situ jadi in case anything happen kepada bini/ baby, boleh setel semuanya terus di situ. Masa caesar baru ni usus kecil bini melekat teruk antara satu sama lain menyebabkan bini lambat membuang angin, jadi terus pakar bedah usus datang advise bini untuk x-ray dan terus beri rawatan yg sepatutnya, selesai.
“Assalamualaikum Baby Sefriel” Dr Say Bersyukur Tak Terlepas Temani Isteri Melahirkan Zuriat Kedua
‘Kalau Penyuntik Ikut SOP, Mustahil Terlupa Tekan’ Dr Say Shazril Persoal ‘Vaksin Angin’
“Kalau Seorang Suami Memudahkan Urusan Isterinya, Nescaya Terbuka Luas Rezeki Suami” Dr Say
Duit Boleh Dicari
“Patut bersalin hospital kerajaan ke swasta?”. Jawapan sy UP TO YOU. Doktor-doktor di hospital kerajaan mahupun swasta sama sahaja ke-efficient-an mereka. Yg membezakan hanyalah keselesaan dan kecepatan servis ITU SAHAJA.
“Wife kita bersalin bukan setiap bulan, jadi apa salahnya kita berikan keselesaan kepada mereka? Saya yang menemani dia pun terasa cukup selesa sepanjang enam hari lima malam tu. Sekali lagi saya ulang, DUIT BOLEH DICARI & NEVER UNDERESTIMATE REZEKI BABY.
“Ada yg pernah bersalin hosp swasta di sini? Care to share pengalaman korang dari segi billing/ services? Mane tahu boleh membantu pasangan-pasangan yang tengah survey nak bersalin di hospital swasta.
Reaksi Positif Dari Pengikut Di Instagram
“Satu benda yang saya cukup suka dengan followers saya di instagram ni adalah kematangan kalian. Open and chill bercerita pengalaman masing-masing, kos bersalin masing-masing. Kalau sy bakal new parents, dengan komen-komen bawah ni serius akan membantu saya in deciding how much i should save up untuk bersalin kat hospital swasta. Serius happy sangat baca responses korang. Moga perkongsian kalian dapat membantu mereka di luar sana,” kongsi Dr Say yang turut mendapat reaksi positif dari peminatnya di Instagram.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Dr @say_shazril
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI