Perlantikan Dr Mazlee Malik sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang bersetuju dan menyokong penuh pelantikan ini dan ada yang sebaliknya mempertikaikan kredibiliti, pemimpin yang mempunyai profil berlatar belakangkan pendidikan agama ini.
Baru-baru ini viral rakaman video pendek berdurasi 5:34 yang disampaikan oleh Dr Maszlee Malik didalam salah satu ceramahnya ketika balik kawasannya di Simpang Renggam. Video tersebut mendedahkan pertanyaan Menteri Pelajaran ini kepada Tun Mahathir sendiri, mengapa dirinya yang tiada pengalaman politik dipilih memikul amanah dan tanggungjawab ini.
Tun kenapa pilih saya?
Saya tiada pengalaman politik, baru masuk parti dan disuruh bertanding untuk Simpang Renggam.Dan Tun pula lantik saya jadi Menteri Pelajaran.
Sebab saya (Tun Dr Mahathir) nak awak bawa Islam yang berteraskan nilai-nilai murni.Nilai murni nak ajarkan kepada anak-anak orang Islam, generasi kita ia bukan bukan sekadar Islam, mengucap syahadah, solat, puasa, pergi umrah dan haji, tapi dia takkan cakap bohong, berniaga dia takkan menipu, dia akan amanah, diberikan tugas dia akan lakukan dengan bersungguh-sungguh, dia takkan rasuah. Nampak harta milik orang dia takkan ambil.Dia nampak benda yang bukan milik dia dia takkan ambil.Sebab dia tahu benda tu bertentangan dengan akhlak Islam.
Dia akan cakap benar, dia akan kerja bersungguh-sungguh. Kalau dia berniaga dia takkan menipu dan dia akan berniaga bersungguh-sungguh sampai dia jadi kaya, sampai boleh bantu orang lain. Kalau dia kerja dia takkan culas atau ‘mengular’. Dia kerja sungguh-sungguh supaya dia dapat boleh bantu orang lain.
Perkara yang paling Tun ingin diterapkan dikalangan kita, buat anak-anak kita dan kita sendiri ialah sikap berusaha dan tidak meminta-minta. Tapi kita berusaha dan kita yang bagi dekat orang.
Pada akhir rakaman video, Dr Maszlee juga minta selit doa buat dirinya agar dapat memikul amanah yang diberikan,tidak tersasar dan tetap diatas jalan allah dan saling bantu membantu agar malaysia terus kekal aman.
Sumber:World Kuliah