Cecair keputihan yang bercampur darah dan pendarahan yang luar biasa ketika kedatangan haid merupakan simptom awal anda perlu segera merujuk masalah itu kepada doktor bertauliah. Menurut Dr Imelda Balchin lagi dalam sesi wawancara dalam Mingguan Wanita Talk Show hari ini, beliau menggesa wanita di luar sana berhenti dari membuat carian di internet berkaitan simptom awal kanser serviks ini sebaiknya segera merujuk masalah ini kepada doktor. Jangan malu dan memencilkan diri.

Perbincangan hangat mengenai isu apa itu suntikan HPV, kanser serviks, kanser Rahim, ujian pap smear dan alternatif lain yang ada bagi wanita menapaous. Selain itu HPV boleh tersebar melalui hubungan kelamin dan ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan. Oleh itu, wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks juga berisiko terdedah kepada kanser serviks. Hadir sama berkongsi pengalaman peribadi, Diana Kamri seorang pesakit kanser serviks.

IKLAN

Selain perkongsian ilmiah itu, Mingguan Wanita Talk Show turut mengundang Nor “Phoenix” Diana (ahli gusti berhijab pertama Malaysia) dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian Muna Shahira. Bagi yang ketinggalan menyaksikan slot siaran langsung Mingguan Wanita Talk Show jam 11 pagi tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.