Dr Hamid Arshad merupakan seorang Doktor Pakar Sakit Puan yang cukup berpengalaman dalam bidang perbidanan.Bergelar seorang doktor pada masa yang sama menjadi bapa kepada 5 orang cahayamata memberikan pelbagai pengalaman berharga buat beliau. Menerusi catatan terbaru beliau di facebook, beliau turut kongsikan kepentingan pengambilan nutrisi pemakanan yang berkhasiat dan terbaik buat ibu-ibu mengandung, agar anak yang dilahirkan nanti sihat dan bijak.
Berikut merupakan antara catatan penting perkongsian beliau;
CARAGAYA KEBAPAAN PERLU DIPELAJARI, DIPRAKTIKKAN. AMALKAN TERUS MENERUS. JADI IBU BAPA CEMERLANG
1. JAHIL DALAM CARA GAYA KEIBUBAPAAN
Kali pertama saya jadi bapa setelah lahir anak sulung saya pada tahun 1971, saya berumur 26 tahun dan telah bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Muar.
Kemahiran dan kecekapan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai bapa, bergantung kepada naluri sahaja. Banyak perkara tentang caragaya keibu bapaan yang saya tak tahu.
Kalaulah saya berilmu serta mahir dalam perkara tersebut, tentulah kelima-lima anak saya telah jadi genius dan capai kecemerlangan. Tapi kenyataannya mereka sederhana sahaja tapi alhamdulillah masing-masing telah menikmati suatu tahap kejayaan hidup dan masih ada ruang untuk mereka capai tahap lebih tinggi.
2. PENTINGNYA ZAT PROTIEN WAKTU HAMIL
Waktu hamil isteri saya makan yang berzat dan berkhasiat. Lebih lauk sebagai sumber protein, penting bagi pertumbuhan organ-organ terutama otak bayi. Dulu tak mampu beli ikan salmon atau mackerel; ikan tuna (tongkol) dan ikan terubuk dia tak suka pula.
Kesemua ikan-ikan tersebut dikategorikan ikan berminyak (oilyfish) yang mengandungi banyak omega3 dan DHA. Iaitu bahan-bahan penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi. Zaman itu harga ikan sangat murah, kita makan berbagai-bagai jenis ikan, tenggiri. bawal. kembung, ikan parang, ikan lidah dan lain-lain.
Ads
Sumber protien lain ialah daging lembu, yang kita makan seminggu sekali.Bila balik kampung emak akan masak ayam kampung, masak gulai ketumbar dan sup ayam. Yum yum memang lazat. Memang selera isteri saya makan ketika Hamil.
Dalam zaman mewah sekarang, wanita hamil jarang kekurangan zat protein, malah berlebihan.
Lain-lain sumber protein ialah telor, kacang2 ( peanuts, badam, gajus, walnut’s) , beans, makanan laut saperti udang, sotong, ketam dan lain-lain.
Kacang soya dalam bentuk air soya, Tempe, tahu, miso dan lain-lain adalah baik untuk ibu-ibu hamil.Ada yang mengatakan minum banyak air soya ketika hamil, bayi jadi kulit putih !
Mungkin amalan pemakanan yang seimbang oleh isteri saya, telah menghasilkan bayi sihat, cerdik otaknya sehingga jadi doktor pakar bedah sekarang.
3. VITAMINS FOLIC IRON DAN KALSIUM
Supplements vitamins sangat penting bagi ibu-ibu hamil untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi.
Ads
Keperluan zat iron meningkat untuk bina darah dan cegah anemia. Kalsium untuk bina tulang bayi dan untuk kuatkan tulang-tulang Ibu.Folic asid untuk cegah kecacatan bayi khususnya pada otak dan saraf. Vitamin C pun penting untuk meningkatkan immunity dan mencegah dari jangkitan kuman khususnya virus.
Alhamdulillah isteri ambil cukup bekalan supplements tersebut ketika hamil. Dia pun sihat sehingga melahirkan bayi. Bayi pun sempurna dan sihat ketika lahir.
4. JAGAAN PRENATAL SANGAT PENTING
Ini adalah satu perkara yang teramat penting untuk menentukan keselamatan ibu dan bayi waktu kelahiran.
Kebetulan ketika isteri saya hamil, saya bertugas sebagai pegawai perubatan dijabatan obstetrics dan gynecology, hospital Muar tahun 1971 – 72.
Saya pastikan isteri saya pergi Klinik ibu mengadung ikut jadual.
Masa itu tak ada ultrasound scan, bayi dalam rahim diperiksa pakai tangan dan jantungnya didengar dengan corong fetoscope.
Pengedalian ibu-ibu hamil atas asas’ clinical acumen’. Sekarang teknologi moden telah banyak membantu. Setiap pemeriksaan akan disertai ultrasound scan dan kita dah ketahui tentang bayi termasuk jantinanya sebelum lahir.
Ads
Dalam satu sesi klinik antenatal, di Muar dulu, saya sering periksa 80 ibu-ibu hamil. Ibu-ibu yang hamil sebanyak 8, 10, dan 12 kali biasa saya temui. Mereka masih nak beranak dirumah dan disambut olih bidan kampung. Komplikasi sering timbul khususnya perdarahan lepas bersalin.
5. BAYI DALAM RAHIM BOLEH DENGAR
Setelah selesai pembentukkan jasad bayi dalam 3 bulan pertama. Allah tiupkan ruh pada bulan keempat, dan pada bulan kelima tendangan bayi dapat dirasai ibu.
Bulan keenam, Allah kurniakan pendengaran kepada bayi, dan bulan kelapan deria penglihatan.
Kalau lah saya tahu fakta-fakta ini pada tahun 1971, tentulah saya ajar bayi dalam rahim membaca Quran, Matematik, Sains dan cakap Bahasa Jawa dan Inggeris.
Saya sudah terlepas peluang pada semua 5 orang anak-anak saya.
Saya lihat anak bongsu saya sering mainkan tape bacaan quran ketika dia hamil dan ketika anak tidur selepas lahir. Semoga jadi anak-anak yang soleh.
Bayi dalam rahim paling aktif waktu malam. Terbaik ajar dalam setengah jam sebelum Ibu tidur.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menambah ilmu buat semua ibu-ibu mengandung.
Kalau tetiba serangga masuk telinga, anda jangan kalut masukkan air dalam telinga semata-mata harapkan binatang itu keluar balik. Atau nak mencuba keluarkan serangga itu dengan cutton bud, AWAS! Boleh jadi hasilnya telinga jadi makin sakit!
Jadi apa yang perlu anda buat apabila telinga dimasuki serangga?
Nah, ikut saranan Dr Ezairy M.Sallih ini, moga mak ayah boleh kurangkan sakit kalau telinga anak-anak dimasuki serangga.
Sakitttt!!
Tiba-tiba anak anda mengadu sakit telinga teramat sangat. Anda ‘suspect’ ada serangga masuk ke dalam telinga. Terasa ada objek atau hidupan bergerak-gerak.
Apa anda perlu buat?
1. Bertenang. Ini paling penting.
2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!
3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.
4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.
5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.
6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.
Bolehkah ia dibiar sahaja walaupun sudah mati?
TIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.
Haaaa… lepas ini kalau tengok gaya anak kecil macam pelik main telinga siap menangis, sila bawa jumpa doktor dengan segera!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan sekali kes kepala kena kipas angin, terbaru seorang kanak-kanak lelaki pula jadi mangsa disebabkan seronok bermain.
Macam kita tahu, agak gerun apabila mendengar ungkapan kecederaan di kepala kerana kita yakin dan percaya bahawa kecederaan kepala ialah suatu keadaan yang boleh membawa maut.
Ujian Allah datang dalam berbagai wajah untuk menguji kesabaran hambaNya untuk dekat dengan DIA.
Kejadian Sebelum Kena Kipas Angin
Dan ini salah satunya yang dilalui oleh keluarga waris Pasti Assalam 2017, anak lelaki yang ceria dan lasak naik atas bumbung kereta. Masa itu kipas angin di bumbung tempat parking tengah berpusing kena kepala dia hingga berdarah bersemboq ke dinding dan patah sayap kipas tu.
Dia turun sendiri dari kereta dan dapatkn ibunya yang tengah makan tengahari di dapur.
Syukur alhamdulillah, berminggu di hospital akhirnya kering dan lega dah lukanya terus boleh balik berehat di rumah.
Dia dibekalkan ubat untuk makan di rumah.
Tapi Tak Sangka Sekali Jadinya…
Baru nak baik, mungkin salah ubat atau dia memang alergi dengan ubat tu, lepas makan ubat terus badan dan mulut jadi biji-biji macam campak.
Dibawa ke hosptal kulim dan dihantar ke hospital Penang, dah tak boleh nak makan minum guna mulut. Hanya makan melalui wayar ke hidung.
Sabarlah wahai anak… ibu ayah dan ahli keluarga yang lain doakan kamu.
Bagi Yang Nak Hulur Bantuan
InsyaaAllah anak lelaki ini akan kembali baik, tetapi andai ada yang nak hulurkan bantuan pada keluarga ini seikhlas hati, boleh teruskan niat sebab ayahnya sekadar berniaga ais kiub ke kedai-kedai. Ibunya pula suri rumah.
Nombor untuk hubungi: 0194579386
Semoga diberi kesembuhan kepada anak ini lebih cepat dan segala urusan mak ayahnya dipermudahkan.
Harap jadi doa, letak nama anak ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’.
Setiap kali kelahiran anak, nama yang dipilih bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi kehidupan anak baik-baik sahaja membuatkan mak ayah ini memilih nama yang cukup unik dan dianggap sebagai doa.
Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.
Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.
Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.
Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.
Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.
“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.
“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.
“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.
Pilih Bahasa Indonesia
Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.
Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.
“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Setiap ibu bapa pastinya mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Setiap kata-kata memang menjadi doa. Doakan yang terbaik nama pilihan mak ayah ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...