Petang Jumaat tadi, isteri angkasawan negara, Datin Dr Halina Mohd Yunos berkongsi di insta story nya kegembiraan dan keterujaan suaminya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Sepasang bayi kembar yang begitu dinantikan mereka. Dr Halina selamat melahirkan bayi kembarnya di hospital perubatan swasta.
Ini merupakan kelahiran kembar kedua selepas Noah dan Adam. Dalam video itu, Dr Halina menulis, “Alhamdulillah.. daddy is super excited.”
Dr Sheikh Muszaphar pula kelihatan tenang membetulkan kedudukan bayi kembar dalam balutan selimut biru lembut. Dan bayi sebelahnya dalam balutan selimut merah jambu.
Sepasang kembar lelaki dan perempuan, buat Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina bersyukur.
Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan yang isterinya itu akan melahirkan anak kembar mereka jam 9 pagi Jumaat melalui kaedah pembedahan.
Sebelum kehadiran bayi kembar mereka ini lagi, ayah ini begitu teruja berkongsi sebuah bilik bayi yang telah dihias cantik. Menandakan, kehadiran orang baru yang begitu dinanti.
Difahamkan, Dr Halina dinasihatkan agar melahirkan bayi kembarnya sejak minggu lepas lagi. Namun, mereka dapat menangguhkannya sehingga kandungan mencecah usia 35 minggu.
“Dr Halina akan diwadkan hari ini, dan bakal menjalani pembedahan pada jam 9 pagi. Inilah yang terbaik untuk ibu dan bayi.”
“Dikhuatiri dengan risiko pre-ekslempsia, satu-satunya cara adalah dengan melahirkan bayi-bayi tersebut. Terlalu berisiko jika perlu tunggu terlalu lama.”
Hari Jumaat memberi barakah kepada semua orang. Hari ini, 20.11.20 bersamaan hari Jumaat adalah tarikh yang dipilih pasangan ibu ayah kembar kali kedua untuk melahirkan anak bongsu kembar mereka.
“Moga Allah permudahkan segalanya. Mohon doakan Dr Halina dan bayi kembar.” pinta Dr Sheikh Muszaphar beberapa jam sebelum kelahiran bayi kembar mereka.
Dr Halina hamil kembar lagi, Dr Sheikh Muszaphar sama-sama naik berat.
Untuk kelahiran kali ini, anak-anak Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar; Bella, Tasha, Adam dan Noah perlu ditinggalkan di rumah.
Sedih hati ibu mahu tinggalkan anak-anak dan meneruskan perjuangan bersalin di hospital. Lebih menghiris hati ayah, bila mana anak-anak mereka ini begitu rapat dengan ibunya.
Seakan tak mahu melepaskan.
Sempat Dr. Sheikh Muszaphar memujuk, pemergian mereka cuma untuk beberapa hari saja. “InsyaAllah, kami akan bawa pulang adik beradik kembar comel ini untuk dikasihi dan dirai anak-anak
.”Pesan ayah,
Kami bersyukur dikurniakan dengan kehadiran anak-anak yang cantik kaya dengan jiwa yang cantik dan penyayang.
Bella – jaga setiap orang memandangkan kamu kakak sulung dan dilahirkan menjadi pemimpin.
Tasha – tolong jangan banyak sangat picit pipi kembar.
Adam dan Noah – jadi budak baik okay.
Dr. Sheikh Muszaphar juga memaklumkan yang perasaannya menghadapi kelahiran bayi kembar bongsu mereka ini seakan DejaVu. Segala macam perasaan bercantum rasa; berdebar, teruja dan bimbang.
Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Mohd Yunos