Beberapa hari ini, buah ‘donut peach’ menjadi sebutan ramai. Ramai yang ingin mencuba merasai sendiri, kemanisan dan kesedapan buah yang cukup viral ini. Selain rasanya, buah ini dikatakan lebih wangi, manis, juicy dan rendang kandungan asidnya, berbanding buah peach biasa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak lagi khasiat lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Donut peach menjadi pujaan ramai sejak beberapa hari lepas.Kebanyakan sold out di cawangan kedai buah. Stok tak sampai, dah fully booked. Dahsyat betul penangan donut peach.
Mula mula saya ingatkan ada orang jual donut berperisa peach sedap teramat sampai viral. Sekali tengok, lah buah peach leper rupanya. Dipanggil donut peach, flat peach atau Saturn peach. Lebih gemuk berbanding peach biasa.
Paling padu, donut peach lebih wangi, lebih manis, lebih juicy dan lebih rendah acidity berbanding peach biasa.
Maka, boleh lah amal makan donut peach.
Untuk ibu hamil, lagi elok amal. Bagus untuk kuatkan tulang dan lindungi pembentukan janin normal.Selain legakan sembelit dan cegah kontraksi pramatang.
Donut peach ni ada pada akhir musim panas saja. Beli dekat Jaya Grocer harga RM24.90 untuk 500g.
Boleh buat ghaso-ghaso sekali setahun.
Cubalah!
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Resipi ‘Peach Buttercake’ Tanpa Serbuk Penaik, Tetap Elok Gebu & Lembut!
Baca Lagi Di Sini:Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat!
Artikel Menarik:Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!
Mingguan Wanita: Banyak khasiat ‘Donut Peach’ yang viral ni. Bolehlah cuba rasai kemanisan buah ini nanti.
Sumber: Neuroversiti
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.