Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!. Sekarang ni macam-macam jenis resipi donut yang ada dengan pelbagai warna dan rasa. Namun resipi Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’ ini memang wajib dicuba. Rasanya sangat sedap, terasa ‘mewahnya’ dan berbeza daripada donut kampung biasa yang kita selalu buat.

Boleh cuba resipi donut Dark Chocholate Charchoal Doughnuts yang dikongsikan oleh Chef Pastri Che Azawimie Che Zahari ini sebagai panduan.

Hitam bukan sebab hangit tau. Hitam sebab menawan. Mula-mula buat sikit je nak buat raso rasoo… erhhhh…nyesal plokk sebab sedap sangat. Terasa mewah sangat rasanya.

DARK CHOCOLATE CHARCHOAL DOUGHNUTS

Bahan-Bahan (Doh):

1kg high protien
12gm dry yeast
1tbsp gula kastor
1stp garam
1tbsp shortening
1tsp k-fine
Susu uht ni agok2 je.. tak sukat pulak tadi
Pewarna hitam
2tbsp serbuk koko
1tsp serbuk arang @ charcoal powder
1tsp cappucinno paste

Cara Membuat:

1. Masukkan je semua bahan-bahan dalam mesin.
2. Kemudian uli lah sampai jadi doh.
3. Gelek-gelek, pastu terap.

Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!4. Rehatkan biar kembang dan goreng api kecik je sampai masak. Jangan lama nanti pahit.

Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!

 

Ads

Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!

Tunggu suam sikit baru salut dengan gula castor + susu tepung.

Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!

 

Ads

Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!

Serius sedap.

Donut ‘Dark Chocholate Charchoal’, Buat Sikit Menyesal Sebab Sedap Sangat!

Ads

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!
Artikel Menarik:Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!
Mesti Baca:DONUT SUSU Lembut Gebu, Bukan Setakat Anak Suka, Mak Ayah Berketul-Ketul Makan!

Mingguan Wanita:Sedapnya Dark Chocholate Charchoal Doughnuts ni. Nak cuba kelainan berbanding donut kampung biasa boleh buat donut ni.

Sumber:Che Azawimie Che Zahari

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI