Berintikan keju, donut cheese ini memang rasanya cukup padu. Macam biasa, kelebihan rasa donat memang pada orang yang rajin uli dan pandai buat doh.
Jadi untuk mudahkan kerja mak-mak yang minat makan donut, anda patut cuba resepi yang dikongsikan Puan Hamizah Zakaria
ini…3 cawan Tepung gandum
Planta 1 sudu besar
Garam sikit
Cheese slice
Yis sepaket ( rendam yis bersama air suam setengah cawan, air suam dan gula 1 sudu, kacau dan tutup bekas) biarkan 20 minit.
Ramas tepong bersama planta dan garam sampai jadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air yis hingga menjadi doh hingga tak melekat.
Biarkan dalam bekas Dan tutup selama 30 minit.
Dah Kembang. Tumbuk-tumbuk dengan tangan bagi angin keluar. Dan buat acuan ikot kreativiti masing-masing. Saya buat bulat-bulat jer. Masukkan cheese kat tengah-tengah (lipat jadi 4 segi).
Dah siap boleh goreng (api kena panaskan dulu sebelom goreng)
Tabur lah gula aising. Atau chocollate cair.
Siap!
Kalau yis yang baik ia akan berbuih kalau tiada tinda kbalas bermaksud yis dah rosak. Pastikan masukkan gula pada air suam juga.