Doktor Pakar Simpulkan Kematian Zayn Rayyan. Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan pada 13 Jun tahun lalu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak mereka, di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya.

Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.  Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.

Doktor Pakar Simpulkan Kematian Zayn Rayyan Dijerut Selain Telinga Dipotong, Dubur Luka Dimasukkan Objek Tumpul

Doktor Pakar Simpulkan Kematian Zayn Rayyan Dijerut

Terbaru seperti mana dilapor Sinar Harian Online perbicaraan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh, menyatakan doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan  membuat kesimpulan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya bahawa, punca kematian kanak-kanak autism itu ialah disebabkan jerutan di leher.

Menurut Pakar Perubatan Perunding Forensik Jusa C (M), Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang Johor, Dr Rohayu Shahar Adnan berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian mangsa, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.

Dr Rohayu Shahar, 54 yang juga saksi pendakwaan ke-27 berkata, dapatan itu diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat ketika beliau berkhidmat di Hospital Sungai Buloh, pada jam 12 tengah hari, 7 Disember 2023 lalu.

Jerutan Pada Jasad Si Mati

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Dr Rohayu, berkata, jerutan di leher mungkin boleh berlaku contohnya menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal maka, ia bukan disebabkan mati lemas.

Ads

Sementara ketika membaca pernyataan saksi, Dr Rohayu, 54, berkata, berdasarkan jasad si mati jerutan dapat dilihat berdasarkan lebam otot di leher dan kelenjar tiroid.

“Ini menunjukkan perbuatan itu cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak, seterusnya melemaskan si mati hingga mengakibatkan kematian.

“Terdapat kesan jerutan di leher yang bertindih terletak enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri termasuk otot-otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan ini turut lebam,” katanya yang turut memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan trauma tumpul dan tajam.

Disini: Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Kes Abai Anak Ditolak Jabatan Peguam Negara

“Ada Juga Luka Potongan, Tikaman Dan Hirisan Di Telinga Kiri”

Selain itu saksi yang berkhidmat dalam bidang perubatan forensik semenjak tahun 2003 berkata, terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan.

Menurutnya, lelangit anak sulung kepada pasangan tertuduh itu turut lebam, menunjukkan benda asing terbabit dimasuk secara paksa ke dalam mulut.

Bagaimanapun beliau berkata, benda asing itu tidak membawa kepada kematian kerana punca kematiannya bukan tercekik.

Ads

Katanya, di bahagian dubur kanak-kanak malang itu juga terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan.

“Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.

“Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri,” kata saksi ini . Selain itu, terdapat hirisan dikesan di belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan.

Selain itu, kesan-kesan trauma tumpul dan tajam ini tidak mematikan tetapi merupakan penderaan fizikal ke atas mangsa. Sambung saksi kecederaan si mati ialah kecederaan baharu, kerana terdapat kesan reaksi sistem pertahanan badan yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.

Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki katanya, hanya menunjukkan sentuhan atau rendaman air, ia bukan punca kematian kerana Zayn Rayyan tidak mati lemas dalam air.

“Jasad si mati telah mula membusuk, berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.

“Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa,” sambungnya. Perbicaraan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh esok.

Ads

Sumber Berita : Sinar Harian

Baca Disini : Hasil Karya Banduan Penjara Diketengahkan, Bkay Nair Mahu Bawa Sari Batik Ke UNESCO.

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.

Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI