“Doktor Larang Ibu Ambil Suplemen.” Wanita Derita Masalah Tulang Menang Saman Berjuta

Share

“Doktor larang ibu ambil suplemen dan hanya sarankan diet seimbang.” Wanita derita masalah tulang menang saman berjuta atas kesalahan doktor tersebut.

Seorang wanita di London yang menghidap spina bifida menang saman berjuta-juta pound sterling terhadap seorang doktor kerana ‘membenarkan’ dia dilahirkan.

Wanita Derita Masalah Tulang Menang Saman Berjuta

Evie Toombes, 20, memenangi saman difailkan terhadap seorang doktor yang menasihati ibunya bahawa wanita itu tidak perlu mengambil suplemen tambahan.

Suplemen itu dikatakan boleh menghalang kecacatan pada Evie.

Portal Mirror melaporkan Evie dilahirkan dengan spina bifida iaitu keadaan di mana tulang belakang dan saraf tunjang bayi gagal berkembang dalam rahim.

Ia menyebabkan jurang di tulang belakang dan Evie hidup dengan tiub sepanjang masa.

Walaupun dengan keadaannya itu, Evie, dari Skegness, Lincolnshire berjaya sebagai atlet dalam acara sukan lompat kuda (show jumping).

Dalam acara itu, wanita berkenaan bersaing sama ada dengan atlet kurang upaya dan atlet normal.

Dia memenangi Anugerah Orang Muda Inspirasi di acara amal Well Child pada 2018, dan muncul dalam rancangan ITV Hidden Disabilities: What’s The Truth? serta pernah bertemu dengan Putera Harry dan Meghan.

INFO
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah). Ia adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Dia juga mendidik kanak-kanak mengenai penyakit itu dan bekerja di Universiti Nottingham.

Doktor Larang Ibu Ambil Suplemen

Evie mendakwa Dr Philip Mitchell bertanggungjawab atas ‘konsep yang salah’ selepas gagal menasihati ibunya, Caroline Toombes untuk mengambil suplemen penting sebelum hamil.

Dia mendakwa, sekiranya dinasihatkan untuk mengambil suplemen itu sebelum hamil, ibunya akan melahirkan bayi yang ‘normal dan sihat.’

Ini diterima oleh sebuah mahkamah di London, yang mendengar saman berkenaan.

Tetapi, Dr Mitchell menafikan dakwaan itu dengan menyatakan dia memberikan Toombes ‘nasihat yang munasabah.’

Baca Juga Di Sini:

Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari

Penghidap Sakit Tulang Belakang Membengkok (Skoliosis), Pelajar Terbaik SPM 12A

Keputusan Yang Sangat Penting

Mahkamah Tinggi mendengar bagaimana Toombes yang berusia 50 tahun pergi melawat Dr Mitchell di Skegness untuk menjelaskan rancangannya untuk melahirkan bayi pertamanya pada Februari 2001.

“Ini adalah keputusan sangat penting untuk membina keluarga kerana dia sendiri kehilangan ibu bapanya ketika dia masih muda,” kata Rodway kepada hakim.

Tetapi walaupun membincangkan asid folik semasa perbincangan, Toombes menegaskan, dia tidak diberitahu oleh Dr Mitchell mengenai kepentingannya dalam mencegah spina bifida.

Pentingnya Asid Folik

“Dia memberitahu saya bahawa ia tidak perlu,” kata Evie kepada hakim.

“Saya dinasihatkan jika saya mengamalkan diet yang baik, saya tidak perlu mengambil asid folik.”

Seorang saksi menegaskan, Dr Mitchell memberikan ‘nasihat yang munasabah’ mengenai suplemen asid folik.

Mingguan Wanita : Ramai mak-mak mengetahui bahawa pentingnya asid folik buat ibu hamil, malah digalakkan kepada wanita yang mengambil keputusan untuk hamil. Kadang-kadang saranan doktor adalah untuk kebaikan. Tetapi sebagai manusia kadangkala berlaku kesilapan sepertimana yang berlaku pada doktor ini.

Sumber: myMetro

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

 

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat