Kuku yang sihat, bersih dan bersinar juga merupakan refleksi diri bagi seseorang individu. Bagaimana dia menjaga kebersihan diri, kuku dan kesihatan diri. Kuku yang tidak sihat, tumbuh tidak cantik, bermasalah, kotor dan berbau busuk pastinya menjejaskan keyakinan diri. Malah merupakan antara petanda kuku mendapat jangkitan kulat.
“Doktor, kuku saya ni dia tumbuh tak cantik. Kenapa eh?”
Saya pun periksa kuku dia satu persatu. Rupa-rupanya dia menghidapi onychomycosis, atau jangkitan kulat pada kuku.
Kuning gelap / hitam
Menggerutu dan tebal
Melengkung ke atas
Tertanggal dari isi
Rapuh dan bergerigi
Berbau busuk
Jangkitan kulat pada kuku ni berlaku atas beberapa sebab,antaranya kerana terdapat kecederaan pada kuku, masalah kebersihan, imuniti rendah, kencing manis dan lain-lain.
Macam mana nak rawat jangkitan kulat pada kuku ni? Sejujurnya, rawatannya tak sukar tapi ramai tak sanggup nak turuti saranan doktor kerana:
Ubat anti-kulat(antifungal) topikal disapu atau dititiskan pada kuku pada setiap hari, selama 4-6 bulan atau sehingga kuku baru yang bebas jangkitan tumbuh sepenuhnya. Ia perlukan disiplin tinggi.
Ubat anti-kulat oral (pil) dimakan setiap hari selama 2-4 bulan. Pil ini tak sesuai jika anda ada masalah hati. Jika anda diberi pil ini, kadangkala doktor perlu pantau fungsi hati.
Kombinasi ubat anti-kulat topikal dan oral. Gabungan dua jenis ubat ini boleh menambahkan keberkesanan rawatan, namun lazimnya masih perlukan masa berbulan-bulan.
Cabut kuku yang dijangkiti kulat dan menyapu ubat anti-kulat pada isi di bawah kuku yang dicabut tadi. Prosedur ini biasa dilakukan untuk kes jangkitan kulat pada kuku yang agak parah.
Ia jenis rawatan yang masih baharu dan belum tersedia di kebanyakan fasiliti kesihatan di Malaysia. Biasanya terdapat di pusat rawatan pakar kulit.
Rawatannya memakan masa yang lama dan perlukan keazaman yang tinggi. Jadi, adalah lebih elok jika kita cegah jangkitan kulat pada kuku.
Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan dicuci bersih setiap kali mandi. Gunakan pemgetip kuku yang bersih ketika memotong kuku.
Elakkan risiko kecederaan kuku dengan memakai sarung tangan dan kasut yang sesuai ketika melakukan aktiviti lasak.
Penghidap kencing manis, atau apa-apa penyakit yang mengakibatkan imuniti menurun akan meninggikan risiko jangkitan kulat.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Baca Lagi Di Sini:
Salun Kecantikan Tawar Perkhidmatan Kuku MIKROCIP Masukkan Data Peribadi
Doktor Ini Jelaskan Garisan Lurus Pada Kuku, Antara Simptom Kanser Melanoma!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ketahui punca jangkitan kulat pada kuku dan dapatkan rawatan sebaiknya mengikut saranan doktor.Namun paling penting, mencegahnya dengan menjaga kebersihan kuku dan kesihatan diri.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita