Alam ghaib sememangnya wujud. Di dalam al-Quran, makhluk halus ini turut dikisahkan dalam surah Al-Jinn iaitu surah ke-72 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 28 ayat. Diceritakan jin sebagai makhluk halus dan telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.
Namun kisah mengenai makhluk halus sering mendatangkan minat yang tinggi dalam kalangan kita bahkan ramai berkongsi kisah seram saat diganggu oleh makhluk halus ini.
Inilah pengalaman dilalui oleh seorang doktor, Aimi Jaafar yang juga pemilik Klinik At Taqwa, Bandar Baru Bangi. Kisah seramnya bermula apabila muncul tulisan-tulisan seram di dinding rumah sewaan mereka ketika dirinya menuntut di Universiti Sumatera Utara, Medan yang mana dinding rumah sewaan mereka dipenuhi tulisan misteri.
Baca kisah Dr Aimi Jaafar berkaitan hal mistik dialaminya.
Berikut kisahnya:-
Viral pasal kisah budak di asrama tu. Tengok tulisan, nampak macam ada kesamaan dengan tulisan waktu kami kena kacau di Medan dulu. Perkara ini berlaku dalam tahun 2010 – 2012.
Saya share balik kisah kami di Medan bersama gambar tulisan. Tapi tulisan kat Medan ni lagi buruk. Mungkin dia tak p sekolah kot.
Nota kaki:- Bukan nak menafikan kalau ada unsur khianat dan campur tangan manusia dalam kes adik MRSM itu. Mungkin kebetulan. Kisah kami ni pun 90% kami yakin bukan manusia, tapi still ada 10% doubt yang mungkin ia perbuatan manusia. Wallahualam.
Episode 1
CONTENG
“Saya dah siap!”, teriak ku kuat, sambil memperkemaskan tudung, dan menutup pintu bilik rapat.
Mata ku terus tertuju ke arah ruang tamu, yang memang bertentangan dengan bilik aku. ‘Hmm. Macam ada yang lain..’.
Entah kenapa tak rasa seperti ingin duduk santai santai di sofa, macam ada yang tak kena pada petang asar tu. ‘Nahh, perasaan sendiri la tu’. Aku nyahkan aja perasaan aneh itu.
Dah berdiri tercegat je luar bilik macam kelakar pulak rasanya. Boleh dengar bunyi dari dalam bilik Ira dan Ija tengah kemas kemas. ‘Lambat pulak diorg ni siap, tengok tv dulu lah’. Mataku melilau mencari remote TV. Waktu itulah aku sedar, apa yang lain. Terkedu aku, tak lepas mata memandang dinding di belakang sofa.
“Wehh korang! Cepat keluar! Sapa yang conteng dinding ni?!”
Sukar aku baca. Contengan atau tulisan? Berpenakan marker hitam, contengan itu aku amati, kerut kerut dahi, cuba memahami. Kalau betul lah tulisan, memang sangat buruk tulisan itu.
Akhirnya aku dapat baca. Bulu roma merinding. Di situ lah bermula, episod misteri yang tidak dijangka.
K E L U A R!
Episode 2
KUIH DAN TV
“Kojaq betul la nak halau halau kita keluar pulak! Hello, kami bayar duit sewa kot!”. Ujarku penuh emosi, sambil duduk di sofa, berpeluk tubuh.
Ira dan Ija pun macam detektif CSI, menilik pintu, tingkap, dan tulisan tersebut. “Macam mana orang boleh tulis ni? Mungkin dia pakai kayu, masuk kot tingkap kot. Tu yang buruk sangat tulisan”. Pelbagai teori yang keluar, menguji kreativiti berfikir masing masing.
“Takpela. Kita buat report police dulu. Biar polis je fikir “. Waktu tu tengah heboh sentimen benci Malaysia – Indonesia. Tak ingat sebab apa.
Malam tu.
‘Klik!’. Kuat aku kunci pintu depan, semua tingkap ditutup tapi. “Ha, ni kalau boleh kopak lagi Tatau la nak cakap apa lagi dah”. “Ye la, suka suka je nak conteng rumah orang. Kenapa tak conteng kat TV ke? Senang sikit nak cuci”. Semua pun penuh emosi hari itu. Marah melebihi rasa takut.
Aku, Ira, dan Ija, masuk ke bilik masing masing. Dah masuk bilik mula hadap laptop. Dulu dulu zaman Yahoo Messenger, bilik sebelah pun YM aja kita. Malam dah makin larut, mata dah mengantuk. Tutup lampu, baring atas katil, baru nak lelap…
‘PANGGGG’
Bunyi kuat di luar bilik, macam ada benda kena campak. Terus bulat biji mata, capai handphone.
“Korang. Bunyi apa tu?”. SMS ku laju. “Tak tahu. Macam kat ruang tamu”. Balas Ira, cepat aja reply nya, mesti dia pun terkejut tu. “Jom keluar sama sama. Saya call Ija juga suruh keluar”.
1, 2, 3. Tiga tiga keluar dari bilik masing masing dengan serentak.
Malap cahaya di ruang tamu. Namun ada yang jelas.
Kuih bangkit yang Ciah baru berikan, khas dibawa dari Malaysia waktu pulang dari raya hari tu, penuh berteraburan di lantai.
“Macam mana boleh jatuh ni? Tingkap dah tutup kan?” Tak habis fikir, macam mana bekas kuih yang terletak kemas di atas kerusi boleh jatuh dengan sendiri. Lagi sekali mataku melilau, mencari klu. Dan lagi sekali, aku terkedu.
“Korang. Tengok kat TV tu…”
K E L U A R!
Dah jumpa remote, angkat remote. Satu lagi K E L U A R betul betul di bawah remote TV. Ya, memang ‘surprise!!’ sangat.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA SINI :- Suami Hidap Penyakit Misteri. “Selesa Tidur Dalam Kereta, Panas Bila Naik Rumah.”
“Tiada Kesan Pecah Rumah, Masih Hilang Walaupun Disorok! Setahun DiBelenggu Misteri Duit Hilang
Episode 3
TIDUR JEMAAH
Sejak dari hari itu, kehidupan kami seharian berubah. Mana taknya, dalam satu hari, banyak kali ‘kejutan’ yang kami terima. Kalau tak kuat semangat, mau tertanam dah masing masing. Selalunya sebelum ‘kejutan’, mesti ada klu. Contohnya, tak ada angin tak ada ribut, rak kasut dalam rumah jatuh. Siapa yang pergi angkat balik rak kasut, ha dia la yang jumpa ‘kejutan’.
Tiba tiba ada tulisan ‘K E L U A R’ kat dinding sebelah rak yang jatuh. Kus semangat.
Kami semua tidur 1 bilik. Bentang lah tilam masing masing, berjemaah tidur. Harapan tak ada yang kacau. Ataupun kalau ada yang kacau, boleh kejut orang sebelah.
Malam tu kami semua tidur bilik Ros. Lampu tak tutup. Aku jenis letak kepala atas bantal terus lelap. Tengah tengah tidur, tiba tiba kena gerak.
“Aimi. Hang tengok kerusi tu. Hang ada letak dia pusing macam tu ka?”
Pisat pisat, genyeh mata, capai spek. Luruh jantung sekejap. Kerusi belajar beroda, tengah mengadap kami tidur….
Episode 4
X?
Nama pun duduk kat negara orang, ada la komuniti orang Malaysia. Aku pula ada blog time tu, jadi duk lepas kat blog je la. Sejak dari tu, jadi buah mulut. Orang nampak kami je terus, “Wehhh, aku dengar rumah kau ada tuuuut”. Jenis yang tak berapa nak percaya pula cakap ada antara kami la tu yang saiko. Sakit juga hati bila dengar. Benda jadi dalam beberapa saat ja, kalau orang la yang buat tu, gila hebat. Wallahualam.
Awal awal tu kita duk kumpul la kekawan, bacakan yasin kat rumah. Ada member yang jenis ‘boleh nampak’. Tengok mata dia duk pandang atas ja. Dah lepas tu dia bagitau, ‘benda’ tu duk gelak ja time bacaan tu. Ciss.
Ada juga teman serumah yang minta tolong ustaz kat Malaysia tolong ‘bersihkan’ rumah. Lepas dah ‘bersih’ tu. Macam nampak efek dia. Bahagia la kami. Ingatkan mimpi ngeri dah berlalu.
Siapa yang belajar kat Indonesia mesti tahu apa tu ‘mati lampu’, orang Malaysia panggil blackout. Omputeh sangat kan orang Malaysia ni. Hikhikhik. Kalau kat Medan lak khususnya, ada musim musim tu mati lampu kalau tak 4 jam sehari, tak sah. Tapi kalau rumah korang takde benda alah tu, paling koman pun korang kena makan dek nyamuk la masa mati lampu. Cuba kalau rumah korang ada ‘benda lain’?
Malam tu, malang sungguh mati lampu jadi masa malam. Kami macam biasa, berjemaah tidur, kali ni kat bilik aku pulak. Masing masing bentang tilam, berbaris la tidur. Sebelum tidur tu lampu ada lagi. Tiba tiba poof, gelap gulita. Hampeh. Tips yang penting, tayah banyak fikir, mata jangan melilau, telinga jangan nak bajet superman sangat nak dengar macam macam. Sambung la tidur, nak buat apa lagi.
Aku pun tak ingat boleh tidur tak sebenarnya semua orang malam tu, haha. Tapi yang pentingnya, selepas tu. ‘Benda’ ni kan suka kasi ‘surpriseeee~’!
‘Klikkk’, bunyi la segala macam kipas la lampu la bila letrik dah ada balik. Tiba tiba terang benderang. Terjaga semua.
Nak taknak kena la tengok keliling. Bahagia konon dah tak kena kacau? Pusing belakang. Oh mak kau!
XXxXXx !
(Penuh kat dinding belakang tempat tidur, dinding kepala masing masing landing baik punya. Berapa cm je dari kepala masing masing.
Agak agak korang apa gaya dia waktu tulis tu?)
Episode 5
PUNCA
Mungkin ramai yang tertanya, apa punca sebenar kami di’halau’. Jujurnya, kami pun belum dapat jawapan sebenar. Ini bukan kisah di tv yang kita boleh flashback atau tengok dari pandang sisi ‘makhluk’ tu. Tapi kami boleh agak dari cebisan cebisan kebetulan yang terjadi sebelum itu.
Rumah kami ada 3 bilik, 1 bilik tambahan, dan 2 tandas. Aku beruntung sebab dapat bilik dengan tandas di dalam. Mereka yang lain selalunya pakai tandas di luar.
Memandangkan aku bukan pengguna tandas luar, aku tak ambil tahu sangat bila ada yang bertanya pasal tissue di dalam tandas. Dalam seminggu dua tu agak tegang sikit antara teman serumah aku yang lain pasal tak ada yang mengaku buang tissue dalam tandas.
Tissue kotor yang dah digunakan berlonggok longgok, mesti di sudut yang sama. Dah dibersihkan pun nanti ada balik. Mau Tak bengang masing masing. Macam tak faham bahasa pulak?
Tak jalan dengan mulut, ada yang buat keputusan untuk kasi amaran bertulis.
“JANGAN BUANG TISSUE KAT SINI!”
Tanpa diketahui, ia telah mencetuskan kemarahan si ‘pembuang tissue’ tu, dan dia, bukan di antara kami….
Episode 6
SELAMAT TINGGAL.
‘Hantu tissue’. Itu timangan nama yang kami berikan pada awalnya. Tapi lepas tu dia tak main tissue dah. Lebih suka gerak dan sembunyikan barang.
Masuk bilik kejap, keluar balik tengok sofa, kipas diri, semua dah terbalik. Itu perkara biasa.
Main sorok sorok pun ada. Sebelum solat letak handphone kat kerusi. Habis solat dah takde dah. Jenuh la kami kena punggah satu rumah. Nak suruh call? Pandai pulak tu matikan Phone.
Cari dekat semua ceruk yang tak pernah usik pun. Akhirnya, jumpa dekat dalam laci meja yang memang terkunci, yang kunci dia dah tak ada dah pun. Kopak meja, baru jumpa Phone. Tiap malam tidur pun ada juga terbayang kot nanti bangun tidur tengok ada kat luar rumah ke apa. Tapi tu tak terjadi.
Yang ada, tengah malam tidur, terkejut dek jeritan kawan serumah.
“ASTAGHFIRULLAHALAZIMMMM!”
Nampak lembaga putih, berkibaran kain. Rupanya kipas diri tu, dipakaikan telekung. (cuba korang try buat prank kat orang, mau tak pengsan orang tu).
Ada pernah ustaz tempatan yang memang boleh nampak dan berkomunikasi dengan jin datang untuk tolong kami. Seingat aku, katanya memang ada entiti yang tak tenang kat situ. Ada kisah lama di kawasan itu, melibatkan entiti tersebut. Yang penting dia sosok seorang wanita. Tissue tu mungkin buat menangis? (suka hati je kan buat kesimpulan).
Akhirnya kami berjaya jumpa rumah baru. Kontrak dengan rumah tu pun dah nak habis. Walaupun rugi beberapa bulan. Tapi dah tak sanggup dah nak berhousematekan ‘dia’.
Hari hari terakhir kami pun ‘dia’ makin ganas. Letak cawan atas peti ais, jatuh tiba tiba macam dihempas ke lantai, habis bersepah kaca. Marah sangat ke suka kami nak keluar tu? Dengan senang hati, kami pun pindah ke rumah yang baru.
Berakhir lah kisah seram di rumah itu…..
Tapi, ye ke dah berakhir?
Untuk korang semua terus follow kisah seramnya, boleh terus ke fb Aimi Jaafar.