Doktor Kongsi Pengalaman, MYDIN Terbuka Terima Pesakit Serebral Palsi (OKU) Bekerja. Memang bukan mudah untuk warga kurang upaya untuk mendapat pekerjaan. Apatah lagi tak semua majikan dapat menerima keadan kekurangan fizikal dan mental OKU. Mendapat pekerjaan dengan keadaan sebegini dari syarikat besar merupakan satu rahmat, memandangkan golongan OKU juga memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

Namun perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai syarikat besar seperti Mydin terbuka menerima pekerja OKU malah membayar gaji yang sama seperti pekerja biasa wajar dijadikan contoh buat syarikat yang lain juga.

Berikut perkongsian tersebut.

Saya doktor perubatan rehabilitasi.

Ketika saya masih berkhidmat di hospital dulu, saya selalu tulis surat. Hampir setiap minggu saya tulis surat permohonan kerja bagi pihak pesakit saya. Itu memang antara skop kerja saya.

Saya ingat lagi ada satu surat yang saya tulis kepada salah satu cawangan MYDIN Malaysia, memohon mereka pertimbangkan mengambil seorang pesakit serebral palsi sebagai pekerja mereka.

Pesakit saya tu ada kekurangan upaya fizikal dan kognitif. Pergerakannya memang jelas nampak bermasalah. Berjalan tidak sempurna. Kawalan jari jemari pun tak baik.

Mydin balas surat saya dan kami berjumpa untuk penerangan lanjut. Beriya-iya saya buat jelaskan kenapa pesakit saya perlu bekerja

Bekerja adalah punca pendapatan. Bekerja adalah satu bentuk terapi. Bekerja adalah ibadah. Ia memberi sebab dan matlamat kepada kehidupan.

Tak lama selepas itu, pesakit saya dipanggil untuk sesi temuduga. Saya punyalah bimbang, macam saya punya yang akan ditemuduga.

Ads

Pesakit Terima Tawaran Bekerja

Dipendekkan cerita, pesakit saya telah menerima tawaran bekerja dengan Mydin.

Pada orang lain, mungkin ia berita yang biasa sahaja. Namun untuk pesakit saya dan emaknya ia berita yang membanggakan. Bukan mudah untuk warga kurang upaya untuk mendapat pekerjaan.

Minggu pertama pesakit saya tu bekerja, saya pergi ke Mydin tempat dia bekerja. Saya cari-cari dia tak jumpa. Akhirnya saya bertanya kepada petugas Mydin dan saya ditunjukkan di mana pesakit saya ditugaskan.

Dia ditugaskan di lorong peralatan berkaitan ibadah, seperti kopiah, telekung, sejadah dan sebagainya. Dari jauh saya nampak pesakit saya sedang melipat sejadah. Terketar-ketar tangan dia. Lambat kerjanya.

Risau saya masih belum hilang. Saya risau bila dia kerja dalam keadaan begitu, adakah majikan dan rakan sekerja akan memandang rendah padanya. Berapa lama dia boleh bertahan di sini.

Ads

Saya mahu dia bekerja. Pekerjaan adalah punca pendapatan. Pekerjaan adalah satu bentuk terapi fizikal dan kognitif. Pekerjaan juga adalah salah satu jenis ibadah.

Penyelia Pastikan Pekerja OKU Selesa Bekerja

Saya menyapa pesakit saya, kami berborak seketika dan tak lama selepas itu kami disertai oleh penyelia pekerja. Penyelia kata Mydin akan pastikan pesakit saya berasa selesa kerja bersama mereka.

Alhamdulillah, setahu saya sehingga hari ini, dah 5 tahun dan pesakit saya masih bekerja di Mydin berkenaan. Sekali sekala saya melawat pesakit saya di sana, nampak ada pekerja OKU lain juga.

Ini suatu yang kita semua kena sokong.

Selain Mydin ada beberapa syarikat yang menerima pekerja OKU(dengan kekurangan upaya ketara), tapi itu lain kalilah saya ceritakan. Hari ini saya cerita tentang Mydin dan pesakit saya, Muhammad Agus.

Di bawah ni, ada Agus bergambar dengan Dato Hj Ameer Ali Mydin.

Ads

Doktor Kongsi Pengalaman, MYDIN Terbuka Terima Pesakit Serebral Palsi (OKU) Bekerja

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Perubatan Rehabilitasi

Nota: Sekarang saya buka pusat rehabilitasi sendiri, iaitu Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation. Ada 4 cawangan, dan saya masih suka mencari pekerjaan untuk pesakit saya.(dengan bantuan PERKESO)

Mesti Baca:Ramai Tak Tahu, Mak Ayah Ada Anak OKU Boleh Mohon Roadtax PERCUMA!
Baca Lagi Di Sini:‘Ada Masalah Pendengaran, Tak Boleh Cakap & Berjalan.’ Ibu Tunggal Alami Kesukaran Jaga Tiga Anak OKU

Mingguan Wanita: Terbaik Mydin! menerima pekerja OKU dengan hati terbuka dan melayan mereka seperti pekerja lain. Semoga bertambah maju.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI