gula

Ramai yang tahu bahawa bahaya ambil gula secara berlebihan namun sering buat tak kisah dan tak ambil peduli akibatnya pada diri sendiri. Sehinggalah bila macam-macam penyakit dihidapi, barulah rasa menyesal terkesan dalam diri. Menurut perkongsian oleh Dr Hafiz Sulaiman, terdapat 7 sebab kita kena elakkan pengambilan gula tambahan berlebihan yang boleh menjadi toksik sekaligus bagi menguatkan imuniti badan.

LANGKAH UTAMA KUATKAN IMUNITI BADAN, 7 SEBAB KENA ELAKKAN GULA TAMBAHAN.

1. GULA MAKANAN KUMAN

Gula merupakan makanan kuman bakteria dan kulat. Semakin banyak gula kita ambil, semakin pesat kuman ini membiak.Gula berlebihan juga meningkatkan stres dalaman yang merendahkan imuniti. Virus, bakteria, kulat dan parasit badan jadi kuat apabila imuniti badan lemah.

2. GULA MAKANAN KANSER

Bagi pesakit kanser, gula terbukti secara saintifik merupakan makanan bagi sel kanser.Pesakit kanser juga senang mendapat jangkitan kuman apabila imuniti badan lemah.

3.MENINGKATKAN KERADANGAN @ KEBAKARAN DALAMAN

Gula berlebihan meningkatkan aktiviti sel penyebab keradangan. Keradangan ini umpama “kebakaran dalaman” badan kita.Akibatnya, sel-sel badan termasuk saraf, otot sendi dan juga sistem pertahanan badan akan berada dalam keadaan tertekan kerana kebakaran dalaman ini.

4.GANGGU KUMAN USUS

Gula juga menganggu keseimbangan persekitaran (mikrobiom) sistem pencernaan yang merupakan pusat imuniti badan. Kuman “baik” jadi lemah dan kuman penyakit jadi kuat.Gula ringkas berlebihan juga meningkatkan endotoksin (LPS) oleh “kuman penyakit” yang merosakkan lapisan usus dan organ hati.Apabila makanan utama kulat iaitu gula itu banyak..musuh ketat kulat iaitu kuman baik usus pula mati,Kulat akan berpesta. Kulat biasanya jarang keluar kecuali bila imuniti lemah dan gula tinggi..

Contohnya : Penyakit diabetes selalu dapat jangkitan kulat.

Doktor Ini Terangkan 7 Sebab Kena Elakkan Gula Tambahan, Punyalah Bahaya Tapi Ramai Tak Ambil Kesah!

IKLAN

5.BEBANKAN ORGAN HATI

Organ hati penting untuk detoks dan menghasilkan sel imuniti badan contohnya makrofaj.Gula berlebihan terutamanya fruktosa meningkatkan beban di organ hati dan menyebabkan hati jadi berlemak.Hasilnya, fungsi detoks badan jadi lemah dan imuniti badan merosot.

6.SEBABKAN GANGGUAN HORMON

Hormon kenyang (leptin) jadi tak sensitif : kita jadi lapar sokmo. Hormon insulin jadi tak sensitif : Kita jadi penat sokmo sebab gula tercicir kat dalam salur darah saja, tak dapat masuK sel. Penat otot, penat otak, penat jiwa dan “batin”.Gula berlebihan juga meningkatkan risiko gangguan kepada hormon kewanitaan secara tidak.langsung.

7.MENGURANGKAN ZAT BADAN

Bila dah minum manis, makan karbohidrat kosong kurang nutrisi macam mee, roti, pasta, makanan ringan..anak-anak kita jadi ketagih gula dan selera pada makanan berkhasiat jadi kurang. Salah siapa?

Makan bergula ini juga mengurangkan 5 nutrien UTAMA dan PENTING dalam badan kita.Vitamin C, Vitamin D, magnesium, kalsium dan boron. Zat-zat di atas ini merupakan yang terpenting dalam menguatkan ketahanan badan melawan penyakit.

IKLAN

Gula itu perlu untuk kehidupan. hanya 5 gram (sesudu) diperlukan dalam darah.Bila berlebihan ia jadi toksik. Bila toksik, ia melemahkan imuniti badan.

# Bila toksik, senang dapat jangkitan kuman.
# Bila toksik, lemak badan berlebihan petandanya.
# Bila toksik, organ detoks sendiri kena serang.
# Bila toksik, kuman usus lemah, kuman jahat jadi kuat dalam badan.
# Bila toksik, badan jadi “terbakar” keradangan. Semua sistem badan jadi lemah.

Doktor Ini Terangkan 7 Sebab Kena Elakkan Gula Tambahan, Punyalah Bahaya Tapi Ramai Tak Ambil Kesah!

JOM PERANG MELAWAN GULA TOKSIK

SHARE kepada keluarga, sahabat, rakyat Malaysia antara negara pengguna gula yang tertinggi di dunia.

IKLAN

Ramai tidak tahu, tidak sedar, tidak serius..walhal isu gula toksik ini SUPER SERIUS.

Semoga sedikit usaha kita ini menjadikan masyarakat kita lebih sihat fizikal, mental dan emosi dan diberi ganjaran di akhirat insha Allah.

Dr Hafiz Sulaiman
Pengerusi,
Kelab PERDIM Wellness
Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM)

#PERANGMELAWANGULA

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Dr Hafiz Sulaiman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI