Mulut berbau, satu masalah yang biasa dialami oleh kita bila tiba bulan Ramadan. Maklum sahaja, kita bersahur awal pagi dan sepanjang hari tidak menjamah makanan, sudah tentulah tiada proses ‘kunyah-mengunyah’.

Kadang-kadang, kita sendiri boleh merasakan ada bau yang kurang enak pada mulut. Mulalah rasa segan bila bercakap dengan kawan-kawan. Cara selamat, tutup mulut. Betul tak?

Semua ini boleh menjadi lebih teruk bila tiba bulan Ramadan. Memang, mulut berbau tak boleh nak elak walaupun kita sudah mencuba pelbagai cara.

Walau bagaimanapun, perkara ini disebabkan oleh pengambilan makanan semas bersahur. Ini yang dikatakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang cara nak elak daripada mulut berbau.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Satu Jam Selepas SAHUR, Ini Perlu Kita Buat Untuk Dapat Keberkatan RAMADAN

Ramadan Selain Pahala Berlimpah Ruah, Ia Juga Baik Untuk Kesihatan

Ads

Info Lebih Menarik DI SINI

Mulut Berbau – Cuba Elak Perkara Ini

6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN

1. Minum Air Secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan Minum Kopi Atau Teh Di Waktu Sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Ambil Karbohidrat Secukupnya
Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
5. Gosok Gigi Dan Bersihkan Lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
6. Pastikan Tiada Masalah Mulut Dan Hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.

Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!

Ads

MW: Masalah yang kerap berlaku bila bulan puasa. Kalau dah macam-macam buat tapi masih lagi berbau, kena jumpa doktor sebab kita tak tahu ada masalah lain pula kan!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

Ads

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI