Doktor Ini Kongsi Cara Betul Guna Ubat Demam Anak Dan Sukatan Yang Sesuai

Share

Kalau anak tak sihat, orang yang paling risau tentulah mak-mak. Mahunya tak tidur malam dibuatnya. Bila dah bagi ubat demam dan anak keluar peluh, barulah rasa lega.

Bagaimana pula kalau suhu anak terlalu tinggi. Biasanya mak-mak terus bagi ubat demam melalui punggung. Dikatakan ubat yang diberikan melalui punggung ini cepat berkesan. Tapi, kenalah tengok suhu anak terlebih dahulu.

Beotu juga dalam memilih ubat demam terutamanya ubat punggung, mak-mak kena hati-hati sebab bukan semua sesuai untuk anak. Kena perhatikan betul-betul. Ini yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin tentang perkara ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Demam, Pucat Dan Lesu, Mak-mak Jangan Ingat Itu Sakit Biasa

26 Hari Suami Demam, Rupanya Petanda Kanser Akhirnya ‘Pergi’ Dijemput Ilahi

Info Lebih Menarik DI SINI

Ubat Demam ‘Bontot’ – Tidak Wajib

“Ada beri apa-apa ubat pada anak?”

Saya bertanya pada si ibu kerana ia membantu dalam kami membuat rawatan.

“ada, saya ada beri ubat bontot.. Ubat demam’

Puan tahu nama ubat tu?

Declofenac ke, paracetamol ke..

“Oh, saya tak tahu…”
(ini jawapan selalu kami terima)

“Saya nasihatkan puan ambil tahu nama ubat ya.

Ubat yang diberi melalui punggung tu pun ada beberapa jenis.”

“Ada beza ke kalau declofenac arau paracetamol? Kan dua-dua ubat demam?”

”Walau keduanya ubat demam, tetap ada bezanya puan. Ubat declofenac tak sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Lebih sesuai berikan ubat paracetamol untuk kawal demam. Sebab kita tak tahu jangkitan apa buat anak demam.. kalau demam disebabkan oleh influenza virus, ada kajian yang nyatakan ia lebih memudaratkan.”

Department of Pediatrics, Graduate School of Medicine, University of Tokyo misalnya ada melaporkan bahawa penggunaan NSAID termasuklah dicofenac boleh memburukkan kesihatan kanak-kanak yang dijankiti influenza virus.

Ubat diberikan melalui anus (lubang dubur) bukan satu jenis saja tau. Antara yang kerap digunakan):

1. Paracetamol, ini ada dua dos 125mg dan 250mg.

2. Diclofenac (atau nama lain voltaren) pun dua dos juga iaitu 12.5mg dan 50mg.
Kena perhati betul-betul nama dan dos yang ditulis.

Walau bagaimanapun, menurut Dr. Anayasmin:

“Ubat demam melalui punggung ini bukanlah wajib tetapi boleh berikan apabila suhu anak 38’C ke atas.

“Jika anak masih boleh makan ubat, berikan ubar makan terlebih dahulu.

“Jika anak demam diikuti dengan muntah dan cirit birit, langsung tidak boleh ambil ubat makan, jadi ubat ‘bontot’ adalah pilihan yang ada.

“Selain itu, jika suhu anak demam tinggi iaitu 40’C dan bimbang ia boleh menyebabkan sawan demam, boleh gunakan ubat ‘bontot’ untuk cepat turunkan suhu badan.”

Sebaiknya dapatkan dos yang sesuai. Tapi kalau terpaksa potong, jangan potong merentas tetapi potong ubat supp ni memanjang. Agar keberkesanannya masih kekal.

Ini dos yang disarankan:
a) Supp PCM 125mg:
6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

b) Supp PCM 250mg:
5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp
9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Jadi, jom ambil tahu ubat anak kita, memandangkan sekarang ramai kanak-kanak tak sihat.

Kalau demam dan ada simptom COVID bawa segera ke hospital.

#drana
#kesihatankanakkanak

MW: Mak-mak kena ambil tahu dan jangan salah ubat ‘bontot’ yang sesuai dengan anak.

Sumber: Anayasmin Azmi

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora