Ramai yang sedia maklum, Jabatan Kecemasan berperanan menangani kes-kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera dan perhatian doktor. Namun ada segelintir yang kurang peduli, ‘setia’ menunggu dan bersesak di jabatan ini walaupun hanya kes ringan dan tidak memerlukan rawatan segera.
Menurut Dr.Asmi Syabil yang merupakan Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, sebenarnya ada 14 jenis ubat-ubatan yang boleh disimpan di rumah, asrama mahupun dalam kereta yang boleh digunakan saat diperlukan. Tanpa perlu pergi ke Jabatan Kecemasan pun.
Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”. Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.
Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”.
Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut).
Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.Antaranya seperti:
-demam
-batuk
-selesema
-cirit-birit
-gatal-gatal badan
-muntah
-sakit perut
-pening
-sakit kepala
-dan pelbagai lagi.
Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First Aid Kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.
Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
Yang ini rasanya semua kenal.Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.
Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.
Ubat dalam kategori antihistamin.
Dos disyorkan : 1 biji sekali sehari
Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan,gatal-gatal,mata berair atau bahasa mudah orang selalu cakap “resdung”.
Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat ini.Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.
Dos disyorkan : 1 biji, 3 kali sehari.
Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk,oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini,elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.
Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.
Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout.
Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.
Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah,juga digunakan untuk migraine.Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.
Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Dos disyorkan : 1 biji 2 kali sehari.
Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD.Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.
Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari
Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Dos disyorkan : 1 paket apabila perlu.
Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik.Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.
Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.
Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon yang selalu dilihat di kaca tv.Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.
Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.
Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Yang ini memang semua orang kenal.
Boleh ja beli dimana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.
Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
Takkan nak ambil LMS pun korang nak melawat jabatan kecemasan pukul 1-2 pagi,ye dak?
Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.
Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak. Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan.
Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah:
Suhu 38°C dan ke atas = demam
Ok,ini last untuk posting kali ini.
Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata?
Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.
Kalau dah kalian beli di farmasi dan buat di rumah tu positif,hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun.
Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye. Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
Dr.Asmi Syabil
Pegawai Perubatan Kecemasan
MW: Semoga perkongsian jenis ubat-ubatan ini memberi manfaat buat semua.Tak perlu menunggu dan bersesak di Jabatan Kecemasan, sekiranya tidak memerlukan rawatan segera.Pastikan ubat-ubatan simpan di rumah untuk kegunaan pada waktu yang sesuai serta dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Sumber: Dr.Asmi Syabil