Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid-19, Bayi Selamat Dilahirkan Lebih Awal Elak Komplikasi

Share

Syukur pada Mu Ya Allah! Doktor Fatihah yang hamil 29 minggu serta positif Covid-19, terkini bayinya selamat dilahirkan lebih awal bagi elak sebarang komplikasi.

Ternyata berat ujian buat Doktor Fatihah ini dan keluarganya, kerana selain dirinya, suami, anak-anak dan ibu bapanya turut positif Covid-19.

Bayi Selamat Dilahirkan Lebih Awal Elak Komplikasi

“Semakin teruk ayah, ini pun tunggu nak masuk ke ICU (unit rawatan rapi). Doakan yang terbaik untuk Tehah.”

Itu pesanan WhatsApp yang dikirim Dr Fatihah Shahrudin, 29, kepada ayahnya, Shahrudin Abu Bakar, 56, sebelum beliau dimasukkan ke ICU di Hospital Sungai Buloh, akibat dijangkiti Covid-19 sejak seminggu lalu.

Doktor Hamil 29 Minggu Positif Covid-19

Bapa saudaranya, Mohd Ali Mohd Derus berkata, ujian yang dilalui Dr Fatihah cukup getir apabila dia juga sedang mengandungkan bayi yang sudah pun berusia 29 minggu.

“Tapi Alhamdullilah, malam tadi doktor (di Hospital Sungai Buloh) maklumkan bayinya selamat dilahirkan dan terpaksa dikeluarkan lebih awal bagi mengelak sebarang komplikasi lebih buruk,”

katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Dr Fatihah pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kajang pada 30 Mei lalu selepas dimaklum dijangkiti kuman pada paru-parunya, sebelum disahkan positif sehari selepas itu.

Positif & Dihantar Ke Sungai Buloh

“Pada 3 Jun (Khamis lalu), dia dipindahkan ke ICU di Hospital Kajang sebelum dihantar ke ICU Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lebih rapi,” katanya turut memaklumkan Dr Fatihah kini bertugas di Hospital Kajang, namun bukan mengendali kes-kes berkaitan Covid-19.

Mohd Ali berkata, selain Dr Fatihah, ahli keluarganya termasuk suami dan dua lagi anaknya, turut disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dikuarantin di rumahnya.

“Selain suami dan anak, adik Dr Fatihah serta ibu dan ayahnya juga disahkan positif. Tehah memang kerap hantar anak mereka untuk dijaga ibu bapanya di Beranang, Selangor disebabkan rumah mereka dekat,” katanya.

Baca Juga Di sini:

Pakai Pelitup Muka, Sanitasi Tangan Sampai Lencun, Tetap 12 Hari Positif Covid-19

Anak POSITIF Covid-19, Ibu Tunggal Ini Sanggup Ambil RISIKO Temankan Anak Hingga SEMBUH

Ramai Mendoakan Dr Fatihah

Kisah Dr Fatihah sebelum ini di kongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter Public Health Malaysia, selain ramai pengguna media sosial itu turut mendoakan supaya Dr Fatihah dan bayinya selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, mereka sekeluarga tidak putus-putus mendoakan supaya Dr Fatihah dan keluarganya segera pulih dan mengharapkan pandemik ini cepat reda.

“Mohon semua untuk doakan Dr Fatihah dan keluarganya. Terima kasih kepada semua doktor dan petugas barisan hadapan yang terus gagah menyempurnakan tugasnya merawat pesakit Covid-19. Semoga mereka juga dilindungi dari jangkitan ini,” katanya.

MW: Semoga Dr Fatihah dan keluarganya tabah melalui ujian getir dan kembali sihat seperti sediakala. Amin.

Sumber: myMetro

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Published by
Nur Syazwani Mehat