Doktor Dah Ajar Mama, Macam Mana Nak Bagi Ainul Meniarap

Share

Syukur, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dikhabarkan ibunya dalam keadaan sihat dan gembira. Dalam posting terkini ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dia memaklumkan anaknya itu sedang dalam usaha belajar meniarap.

Hasil tunjuk ajar yang diberikan oleh doktor yang merawat di sana, Ainul sudahpun boleh membuat gerakan meniarap. Bahagian mulut daripada kesan pembedahan juga sudah nampak cantik.

 

Ainul Baru Lepas Belajar Meniarap..

Kongsi ibunya,

Assalamualaikum semua. Lama mama tak masukkan gambar Ainul Mardhiah kan. Maaf sebab mama kena fokus lebih dekat Ainul minggu ni sebab Dr dah ajar mama macam mana nak ajar Ainul meniarap. .

Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan. Dr bagi mainan macam macam, ada lampu lampu. Dr sangat happy dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat. .

Tersenyum simpul Ainul dapat main dengan Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul. Nanti mama buat video ya tunjuk Ainul meniarap.

Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur. Have a good day semua.

 

 

Ainul Terima Kunjungan Tun Mahathir Dan Rakyat Malaysia

Bayi 10 bulan ini sebelumnya disahkan menghidap ‘Gem Cell Tumour’. 10 Jun lalu, Ainul selamat membuang ketumbuhan yang semakin membesar di mulutnya.

Dibawah kendalian sekumpulan pakar bedah dan anestetik yang diterajui Ketua Unit Craniofacial, Prof David Dunaway di sebuah hospital di London berjaya membuang ketumbuhan seberat 200 gram itu.

Beberapa hari selepas pembedahan juga Ainul menerima kunjungan rakyat Malaysia yang ada di London. Kata ibunya, “Gembira dapat berkenalan dengan semua. InshAllah ada rezeki jumpa lagi.”

 

 

Manakala 17 Jun lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sempat melawat baby Ainul di hospital. Beliau sendiri terharu dengan keadaan Ainul.

Bagaimanapun berasa gembira dengan sikap rakyat Malaysia yang prihatin sehingga membolehkan Ainul terbang ke London untuk mendapatkan rawatan di sana.

MW : Mendoakan semoga baby Ainul semakin sihat dan pulang ke Malaysia dengan selamat sebaik selesai rawatan di London.

Sumber/Foto : _nrlerwani, Berita Harian

Published by
webadmin