Buah rotan antara kuih raya ‘lejen’ selalu disediakan waktu hari raya zaman mak-mak dan nenek kita dahulu. Memang penuh nostalgia kuih ni, payah nak jumpa zaman sekarang. Buah rotan ni kena tahu adunan yang betul dan ada cara gorengnya. Barulah kuihnya tak meletup-letup ketika digoreng mahupun keras ketika dimakan.

Baca Lagi Di Sini:
Rahsia Kuih GOYANG Tak Melekat Acuan, Rendam Semalaman & Biarkan Acuan Panas

IKLAN

Boleh cuba resipi yang dikongsikan Nora Fyza ni;

“Saje nak share air tangan mak kami. Buah rotan kami panggil.”

Bahan-bahan:

1 peket Tepung pulut (500g)
1 kotak Santan (200ml) (kami pakai santan rex itu je yang ada)
Setengah cawan Gula
Setengah sudu kecil Garam
Air (1 sukatan kotak santan yang dipakai)
Bijan putih (lenga)

Cara Membuat:

1. Santan + gula + garam + air masak atas dapur sehingga gula larut sahaja jangan lama-lama.
2. Dah larut matikan api dan biarkan sejuk dulu.
3. Ambek tepung pulut pastu masukkan bahan larut yang dah sejuk tadi sikit-sikit .
4. Uli-ulilah sampai doh jadi elok. Jangan terlalu lembik jangan terlalu keras tau.
5. Selepas itu bulat-bulatkan lah doh tu dalam bijan.
6. Selepas dah siap bulat-bulat, golek atas lenga dah boleh goreng.
7. Panaskan minyak. Guna api kecil sahaja. Api jangan besar ye. Nanti tak masak. Dalam jadi lemau tapi rupa dah hitam.

Info Penting!

  • Doh jangan dibiarkan kena kipas nanti dohnya keras. Kalau keras nanti bijan tak melekat. Nak bulat-bulat pun tak boleh jadi hancur.
  • Tapi kalau dah keras sangat nak bulat-bulat tak boleh, tambah air sikit. Sikit je tau biar dia lembut.
  • Bulat-bulat tu jangan besar-besar sangat sebab nanti goreng buah rotan tu dia mengembang tau.
  • Kalau sebelum goreng dah besar ibu jari lepas goreng nanti dua kali ganda agaknya.

Selamat Mencuba!

Mw: Jadi buah mak-mak yang suka kuih ‘lejen’, boleh cuba buat sendiri buah rotan ni di rumah. Puas hati makan.

Sumber: Nora Fyza