Penghujung September lalu, penyanyi Nourul Wahab berkongsi berita, hamil anak keempat. Ibu kepada Ayu Nazirah, 20, Zachary, 5 dan Raphael, 3 ini berkongsi perasaan teruja untuk kehamilannya pada usia 41 ini.
Katanya, “Terkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke-4 pun dok rasa excited sama macam anak first.”
Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab mendirikan rumah tangga dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp pada tahun 2012.
Akhirnya Nourul memutuskan untuk berkongsi gambar scan bayi dalam kandungannya untuk tatapan peminat.
“Saya decided untuk kongsikan Rahmat Allah ini dengan semua.”
“Nanti bilik bersalin je lah tak boleh masuk ya. Tak boleh tengok. Kalau kita orang putih pun, tak boleh tengok yang kena censored. Tak elok sangat aih kan na
.”
Dalam pada berkongsi itu, Nourul sempat menitipkan ingatan agar mendoakannya mendapat anak perempuan.
“Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa.”
“Niat di hati kalau perempuan nak namakan Isabella sebab minat dengan Amy Search.”
“Kalau lelaki, haaaa kena bukak buku nama lah nampaknya hahahaa. Tak prepare!.”
“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat semua hambaNya.”
“Ramai pula yang bertanya bagaimana saya mengandung pada usia 41 tahun.” Ada juga yang memohon kepada Nourul agar mendoakan mereka mendapat zuriat.
“Semenjak saya mengandung, jika ada kelapangan dan hari yang kurang sibuk, memang itu yang saya buat. Saya mohon pada Allah andai itu yang terbaik buat semua wanita yang mahu kan zuriat; berikanlah mereka rahmat serta makbulkanlah doa doa mereka
.”“Kita usaha dan berdoa. Hanya Allah maha mengetahui. Saya moden, saya open tapi saya tetap berpegang pada yang satu. Ingat, Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.”
Dalam usia 40-an dan hamil, Nourul kelihatan berseri-seri malah cergas sentiasa. Nourul juga rajim membuat senaman kecergasan yang sesuai dengan kehamilannya.
“Apa yang saya lakukan untuk menjaga kesihatan saya, semua dah tahu. Dah 8 tahun saya war war kan. Semuanya dengan Herbalife nutrition tetapi herbalife bukanlah ubat. Dan bukan untuk mengubati.”
“Tetapi nutrisi itu membantu sel sel badan dan juga menguatkan sistem badan. Bukankah sel badan dicipta dengan menggunakan protein? Haaa kena tahu tu. Nak maintain badan bukan dengan chemical atau ubat. Tetapi NUTRISI.”
“Ini yang saya pegang dari dulu. Dari sekolah semenjak belajar apa itu nutrien untuk badan
.”Nutrisi bantu kita untuk lebih sihat. Melambatkan penuaan dan mencergas kan tubuh badan.
Ini yang dapat saya kongsikan. Bila kita sihat, cergas dan cerdas; maka kita akan lebih happy. Bukankah bila kita sihat , lebih mudah untuk kita beramal? .
Kita semua sibuk. Tapi luangkanlah masa untuk menjaga amanah Allah. Iaitu kesihatan yang diberi dari kita lahir.
“Saya kongsikan di sini apa yang saya dan suami amalkan setiap pagi dan setiap hari Herbalife shake dan makan makanan yang sihat.”
Semoga dimanfaatkan.
Sumber/Foto : Nouruldepp