Pelakon yang popular dengan drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dimasukkan ke hospital hari ini kerana batuk berdarah dan berkahak selain demam dan cirit-birit.
Menerusi akaun media sosial Instagram miliknya, Abby berkongsi gambar anak-anaknya dan Memey serta Norman yang datang menziarahinya yang mana pada mulanya dia telah mendapatkan rawatan awal namun tak berkesan.
“Mama pun Alhamdullillah ❤️
ALLAH bagi rehat jap ( tapi buat kerja online juga).
ALLAH izinkan check in hospital pagi ni setelah sebulan batuk berkahak/darah, demam on off, darah tinggi + cirit birit lagi. Memula ingat boleh baik sendiri, makan ubat Batuk dah 2 botol dah tak hilang-hilang juga batuk ni. Pastu datang pulak penyakit lain lagi.”
Dalam gambar yang dikongsi, bekas penyanyi kumpulan Elite ini mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berjaya memujuknya ke hospital dan meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“TQ suami berjaya bawa saya masuk wad. Kerja elok-elok ye. Lebiuuu.
Doakan ye Sahabat agar saya dapat jaga diri, jaga badan, jaga makan lepas ni.. degil yebby yabadi ni.”
Nota:
Sebulan sakit on off, 10 hari dah ‘berry-berry’, berat turun 1kg je.. cissss!
Malahan dia juga meluahkan rasa cukup gembira dengan kehadiran Memey dan Norman yang datang ke hospital.
“TQ Memey, Oman sudi dtg lepak + bawak pizza haha.. Tadi suami pun pun beli dunkin donut dah, tambah lagi dari Oman & Memey, banyak makanan kita.”
Bangga Dengan Kejayaan Anak-anak
Apa yang lebih menarik, Abby turut memuat naikkan gambar anak-anaknya yang sekarang sedang menuntut ilmu di sekolah masing-masing.
Melihat situasi ini, ternyata Abby Abadi bahagia dengan perjalanan hidupnya dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan aura positif dengan menuntut lebih jauh tentang ilmu Allah SWT.
Alhamdullillah ❤️
Anak-anak sedang meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Abang Danish di Mekke Kuran Kursu, Isparta Turkey, Adik Dania di Darul Quran Wal Hadith As Sofa Seremban, Baby Danisha di Sekolah Rendah ISLAM Musab b Umair.
Doa Abby Abadi Buat Anak-anak
Semoga ALLAH redha untuk kami terus berada di atas jalan ISLAM. “Ampuni dosa kami ya ALLAH, doa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa saudara mara kami, dosa sahabat-sahabat kami dan semua umat ISLAM di dunia ini ya ALLAH. Berikanlah hidayah petunjuk kepada kami dan mereka yang memerlukan.
Bantu kami dalam setiap nafas kami Ya ALLAH. Jangan KAU tinggalkan kami hingga ke akhir nyawa kami. Semoga kami terus kuat dijalanMU…. Amin!
Itulah doa yang saya ulang setiap hari.
Akhirinya, sebenarnya panjang lagi doanya tapi cukuplah kongsi setakat ini dulu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI