“Doakan Saya Bertahan & Masih Mampu Teruskan Resort Rumah Hutan,” Bonda Rozita

Share

“Doakan Saya Bertahan & Masih Mampu Teruskan Resort Rumah Hutan,” Bonda Rozita. Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan ‘Father Organic Farm’ baru-baru ini menyebabkan banyak nyawa terkorban. Malah operasi menyelamat juga masih giat dijalankan mencari mangsa yang masih hilang.

Atas faktor langkah keselamatan, kawasan di sekitar ini, tapak perkhemahan dan perkelahan di Negeri Selangor juga diarah tutup sementara oleh pihak berkuasa selama 7 hari bermula 17 Disember lepas. Keadaan ini sekaligus mampu menjejaskan pendapatan dan pemilik operasi apabila terpaksa menanggung kerugian.

Tanggung Kerugian Sejak PKP, Moga Ada Rezeki Lain

Berkongsi luahan rasa di Instagram, Bonda Rozita Ibrahim yang juga merupakan pemilik Resort Rumah Terapi Alam yang juga terletak di Batang Kali, Selangor ini mengakui dia juga antara yang terkesan dengan keadaan ini.

Menurutnya, kesan penutupan operasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu masih terasa dan masih menanggung hutang hingga kini.

Meskipun demikian, ibu kepada usahawan terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri ini kekal positif dan percaya pasti ada hikmahnya dan berharap semoga ada rezeki lain yang Allah akan berikan.

“Dunia semakin tenat dan sakit! Ujian bermacam-macam musibah sekarang tak habis satu – datang lagi satu – bonda simpati mangsa banjir di Kelantan-Terengganu juga. Kesiannya Ya Allah. Saya kat rumah hutan tak ada banjir tapi kes tanah runtuh tu saya dengar khabar macam sambung lagi misi menyelamat bencana tanah runtuh, di Father Farm organic”

“Semua Allah uji, menangis juga saya lalui penutup tahun2022 – kerugian saya alami sejak PKP sampai sekarang masih tak mampu nak bayar hutang”

“Resort @rumah.terapi.alam disuruh tutup pastinya sangat merugikan, Mudahan Allah beri lagi rezeki lepas kejadian ni.

“Saya bukannya ada kuasa, bukan juga berduit banyak, saya bergadai golok selepas PKP untuk mula operasi berniaga. Nak bayar gaji staf sebulan lebih kurang RM400k mana nak cekau kalau kena tutup lama sangat.

“Tahap putus asa, sesak tak boleh nak bernafas dah lah, sale teruk lepas pilihanraya, banjir dan bencana tanah runtuh tu efect kerugian resort rumah hutan.

“Saya percaya pada sedekah kerana Nabi kata; Sedekah paling baik ialah memberi orang makan & memudahkan urusan orang lain”

“On the way balik Malaysia, staf menceriakan hati saya. Saya buntu, saya senyap, saya berfikir – memberontak. Saya bertahan Allah saja tau tertekannya saya,” ujarnya.

Mohon Doa Terus Bertahan Usahakan Resort

Bonda Rozita juga mengharapkan doa supaya dia masih terus bertahan dan mampu meneruskan resort kesayangan miliknya. Malah turut bersyukur, Allah selalu pelihara resort nya daripada malapetaka dan bencana.

“Followers doakan saya bertahan dan masih mampu teruskan resort rumah hutan. Resort Rumah Terapi Alam tutup pastinya sangat merugikan, nak buat macam mana..Mudahan Allah beri lagi rezeki lepas kejadian ni

“Kejadian Tanah Runtuh yg berlaku father Organic Farm mengejutkan pagi hari satu Malaysia – Allah Ya Rahman saya masih bersyukur kerana, resort bonda selalu Allah jaga dari bala bahaya.

“Kerugian yang saya kena tanggung.. saya harap sangat boleh buka resort Siapa nak bantu kewangan saya??

“Tidak kira bangsa atau agama, kita sesama manusia – kesian tetap ada – agensi kerajaan saya nampak penatnya misi menyelamat, kami kesian ..!!

“Allah, saya simpan kenangan disini. Yakin yang Allah selalu ada bersama kita semua, susah atau senang itu ujian, 

“Arahan untuk ditutup serta merta selama 7 hari – lumpuh semangat saya kalau disuruh sambung lagi 7 hari. ujarnya.

Beri Bantuan Pasukan Penyelamat

Pada masa yang sama, Bonda Rozita juga berbesar hati memberi bantuan kepada pasukan keselamatan yang ingin menumpang rehat, membersihkan diri dan berteduh seketika di resortnya.

“Serba tak keruan perasaan saya antara bisnes bonda kerugian dan simpati. Seronok pun ada dapat bantu petugas yang kerja siang, malam. Sangat kesian, mereka berkumpul diruang rehat teduhan resort, solat & membersihkan diri, selain khemah-khemah didirikan.

“Saya masih bantuan makan pada petugas mana yang saya mampu je, masakan warong pada petugas misi penyelamat sampai hari akhir tu niat saya (laman resort dipenuhi kereta-kereta polis, askar bomba).

“Kami bangga tengok semamgat anggota polis,bomba,askar & semua terlibat misi menyelamat ini kerana tidak kira penat tetap juga meneruskan misi mencari mangsa yang masih belum dijumpai,”

jelasnya.

Mesti Baca:“Tak Semua Orang Miskin Meminta-Minta, Ayat ‘Malas’ Tak Sesuai Digunakan” Bonda Rozita
Baca Lagi Di Sini:‘Jaga Sumber Makanan..’ Kata Bonda Rozita, Ini Rahsia Lembutkan Hati Pasangan
Artikel Menarik:“Kita Kahwin Ni Menumpang Apa Adanya Pada Pasangan Kita,” Bonda Rozita

Mingguan Wanita: Cabaran dalam perniagaan ada turun naiknya. Semoga bonda Rozita terus cekal dan mampu bertahan dalam mengusahakan Rumah Hutan kesayangan nya ini.

Sumber: Bonda Rozita

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab