“Doakan Kebahagiaan Kami,” MK K-Clique Syukur Dah Jadi Suami Siti Hajaar

Share

Ketentuan jodoh segalanya urusan Allah. Anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan meluahkan rasa syukur bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat yang mulia sebentar tadi.

Mas Kahwin RM302, Seutas Gelang

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, sekitar 9.35 pagi itu turut menyaksikan MK, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan kepada Siti Hajaar.

Syukur Majlis Berjalan Lancar

Pengantin perempuan turut menerima enam dulang hantaran berbalas dengan jumlah sama, manakala wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.

“Doakan kebahagiaan kami,” ujar MK selepas sah bergelar suami.

Majlis pernikahan MK dan Siti Hajaar dihadiri 100 tetamu merangkumi keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.

Spekulasi Bakal Mendirikan Rumah Tangga

Terdahulu, spekulasi MK bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.

Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.

Malah turut tular video di aplikasi TikTok yang menampakkan penyanyi rap itu menghadiri kursus kahwin.

Mesti Baca:Peluang Kedua, Takdir Jodoh Bertaut Kembali Selepas 21 Tahun Bercerai
Baca Lagi Di Sini:MK Sudah Tidak Pakai Gelang Emas? “Doa Saja Yang Baik-Baik”

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru buat MK dan isteri. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

Sumber: Bharian, AstroAwani

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab