“Doakan Bayi Kecil Di Dalam Rahim Saya” Nadya Sarat Hamil 8 Bulan Bimbang Disahkan Positif Covid-19

Share

“Doakan bayi kecil di dalam rahim saya” begitulah doa yang dipohon pelakon Nadya Syahera yang meluahkan rasa bimbang apabila dia disahkan positif virus Covid-19.

Nadya yang kini sedang sarat hamil lapan bulan memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya serta bayi dalam kandungan berada keadaan yang baik sepanjang ujian yang dilaluinya itu.

“Doakan Bayi Kecil Di Dalam Rahim Saya”

Seperti  mana diluahkan menerusi entri di akaun Instagramnya, Nadya reda dengan dugaan dari Yang Maha Esa.

“Bila DIA mengkehendaki maka terjadilah. Saya reda.

“Doakan segala urusan saya sekeluarga dipermudahkan dan doakan juga buat bayi kecil di dalam rahim saya.

“Semoga segalanya di bawah lindungan-Nya,” tulisnya.

Terkejut dan ‘blur’

Nadya dan suami Fizul Nawi yang dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, dan Mohamad Dayyan, 6 pada awalnya memberithu ujian kendiri Covid-19 yang dilakukan sebelum itu menunjukkan keputusan negatif, dia tergerak hati mengajak suaminya untuk membuat ujian sama di klinik pula kerana ada mengalami simpton.

“Bermula minggu lepas dengan Mamad batuk-batuk, selepas itu Fizul demam dan batuk berkahak, Aleena demam dan akhir sekali saya juga demam.

“Buat ujian kendiri beberapa kali tetapi keputusan negatif. Saya tergerak ajak suami pergi buat ujian saringan di klinik.

“Saya buat ujian RTK sahaja kerana tidak mengalami simpton teruk, suami buat PCR kerana dia dah seminggu lebih batuk teruk dan hilang-hilang.

“Dukacitanya keputusan RTK saya positif, Terkejut dan blur, tapi saya reda. Cuma risaukan anak-anak sahaja,” kongsinya.

Artikel Menarik Di Sini :

Diserang Penyakit Misteri, Suami Mohon Doa Nadya Diberi Kesembuhan “Dia Dah Kenal Diri Sebenar, Syukur Alhamdulillah”

‘Kaki Ke Ranting..’ Nadya Syahera Luah Isu Body Shaming

Dibanjiri Doa Kesembuhan

Sementara itu diruangan komen pula, Nadya dibanjiri doa kesembuhan dari rakan artis dan pengikut di Instagram.

“Stay strong okay! Insyallah akan sembuh cepat. Semoga dipermudahkan segalanya” natashaelyzza

Mingguan Wanita: Semoga Nadya dan baik dalam kandungan berada dalam keadaan baik dan semoga cepat sembuh ya.

Sumber/Sumber Foto : Instagram Nadya Syahera

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en                                                  

Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Published by
Norhayati Suboh