Mencabarkan nak beri anak makan makanan sihat. Terutama sayuran hijau. Jenis yang tak suka, awal-awal lagi mereka dah reject. Ada doa sebenarnya nak beri anak seronok nikmati makanan sihat.
Puan Ainini Zainal, home educator, suri rumah yang gemar berkongsi resepi dan makanan sihat memaklumkan ada 3 doa yang boleh dibacakan untuk anak-anak dalam menggalakkan mereka suka makanan sihat.
Ringkas saja setiap catatannya, tapi mengandungi ilmu yang sangat berguna untuk mak ayah praktikkan dalam kehidupan seharian.
Doa Untuk Anak-anak Sukakan Makanan Sihat
1. Zikir Ya Rahim (penyayang)
2. Zikir Ya Latif (lembut)
3. Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Caranya:
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
√ Makanan setiap kali memasak
√ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat.
Dilindungi daripada yang sebaliknya.
Ini Perkara Yang Mak Ayah Kena Buat
PALING PENTING, JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“Kenapalah kakak ni suka sangat jajan?”
“Haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana?
ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Sebab Itu Mak Perlu Sebut
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa Perlu Hargai Anak?
KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN.
INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.
Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda.
Mengapa Makanan Sihat Sebenarnya Murah Dan Mudah Saja Didapati
Nasi goreng bayam. Bayam kaya kalsium. Saya masukkan nenas kerana makanan kaya vitamin C dapat membantu penyerapan kalsium yang baik.
Telur hancur Afi goreng sendiri. Letak kunyit cincang dan lada hitam. Air, Kombucha Tea. Probiotik baik untuk usus dan kesihatan badan.
Tak dilupa, solar system model, Afi buat. Enterframe sama.
Makanan sihat mudah dan murah didapati? Betul?
Ramai orang tidak percaya. IA ADA DI DAPUR ANDA SENDIRI.
Saya tidak salahkan mereka kerana sebenarnya mereka tidak perasan.
Mereka tidak sedar yang bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur mereka itulah yang menjadi IMMUNE BOOSTER untuk badan.
Apa bahan-bahan tersebut. Saya berikan beberapa contoh mudah. Yang amat mudah.
Bawang besar India – Jaya Grocer Jika di pasaraya lain, juga ada bawang ini, cari yang bukan daripada China
1. BAWANG
Tidak kira bawang merah, besar atau putih, bawang adalah immune boosting food.
Anti bakteria (bakteria jahat sahaja), anti virus, anti radang, antikulat.
Kita masukkan dalam masakan setiap hari, bukan? Kita tidak perasan.
Ads
Tips: Elakkan membeli bawang merah, putih dan besar daripada China. China tanahnya tinggi toksik. Penggunaan pesticides/racun serangga adalah tanpa kawalan.
Dapatkan yang local, tanam sendiri ataupun organik. Juga boleh dapatkan dari India/Pakistan.
Bawang putih? Organik daripada Thailand/Indonesia.
Oleh kerana majoriti bawang putih di pasaran kita diimport dari China, saya kurangkan penggunaannya dalam masakan. Gantikan dengan bawang merah/besar.
Itu contoh cara jika mahu sihat tapi tidak dapat beli selalu yang organik.
2. HALIA
Sunnah food. Zanjabil dalam bahasa Arab. Fungsinya sama seperti di atas. Ini, tanam sendiri pun boleh sangat. Benamkan halia yang telah bertunas sedikit ke dalam tanah, tunggu saja beberapa bulan.
Halia juga natural painkiller. Tahu, kan? Juga penawar migrain.
Halia tidaklah mahal mana berbanding khasiatnya masyaAllah.
3. KUNYIT
Juga tumbuhan daripada akar. POWERFUL DISEASE FIGHTER. Juga anti radang/kuman/virus/bakteria/kulat.
Selesema?
Minum sup yang diletakkan kunyit. Curcumin dalam kunyit mampu melawan penyakit yang menyerang dan membuatkan sistem pertahanan badan lebih kuat.
Kunyit juga mudah ditanam, sama seperti halia.
Anak selesema:
Selain berikan sup, cincang kunyit, campurkan dengan minyak zaitun, sapu satu badan termasuk atas hidung.
Dalam menempuh alam perkahwinan, hubungan suami isteri ada pasang surutnya, suka duka, tawa dan air mata. Inilah yang memberi yang membuatkan pasangan cuba pertahankan walau apa pun terjadi. Semuanya diharungi bersama.
Namun, ada juga pasangan yang cepat putus asa dan tidak berusaha membina keutuhan rumah tangga. Akhirnya mengambil jalan singkat dengan berpisah. Susahnya, bila pasangan tidak langsung hargai susah senang bersama.
Perkongsian daripada Insyirah Soleha tentang bagaimana bila isteri tak lagi jadi bidadari suami. Ini untuk panduan suami isteri bersama.
“ Tanpa kepahitan, kita tidak menghargai kemanisan.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kenang-kenang kembali memori manis menjadi suami isteri di hari pertama dia halal untuk kamu. Dia wanita yang kamu impikan untuk hidup bersama sehingga ke Syurga. Dia wanita yang menggetarkan rasa dan cinta untuk berkasih dengan cara yang Allah redha.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kembalikan kenangan saat melafazkan perasaan untuk menyuntingnya menjadi isteri. Rasakan kembali debaran menerima lamaran darinya.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Badan yang dahulu kurus kini semakin besar. Perut yang dahulu kempis kini semakin buncit.
Kulit yang dahulu tegang kini dipenuhi stretchmark. Wajah yang anggun kini semakin tembam.
Carilah jalan, usahakanlah untuk menghiasi isterimu dengan cara yang menyenangkan matamu melihatnya. Mungkin kerana keletihan urusan keluarga, langsung dia tidak pernah memikirkan penampilannya.
Setiap wanita suka pada kecantikan dan sangat mahu kelihatan cantik. Wajah yang kusam, badan yang letih, emosi yang bercampur setiap hari dengan ragam anak-anak sering membuatkan para wanita lupa untuk menjadi isteri.
Wahai suami, Ambillah sejenak peranan isterimu. Berilah ruang dan waktu untuknya mendandan. Carilah peluang untuknya kembali cantik. Sediakanlah waktu untuknya beristirehat. Andai matamu diuji dengan pakaian wanita yang tidak menutup aurat di luar rumah, maka carilah pakaian sebegitu untuk isterimu. Agar matamu terjaga dari memandang yang haram.
Saat emosi seorang wanita menjadi gagah dan menggembur bahagia, kudratnya turut menjadi gagah untuk melaksana rutin harian. Kalau suka melihat isteri cantik, maka berilah kepadanya pakaian yang cantik, hiasan yang cantik.
Bukankah lelaki suka melihat yang cantik dan wanita suka kelihatan cantik? Allah cipta lelaki dan perempuan keduanya punya perasaan yang melengkapkan keduanya. Gemburlah rasa, ciptalah bahagia.
MW: Jangan kerana isteri tidak lagi cantik, suami mual beralih arah. Kena ingat, susah payah isteri adalah untuk keluarga. Hargailah isteri yang sanggup berkorban apa sahaja.
Terpanggil untuk mengulas isu yang sedang tular di media sosial kala ini di mana menghantar anak ke taska untuk me time dengan pasangan, Dr Say yang bakal menimang cahayamata ketiga Januari tahun depan berkata, dirinya pernah melalui pengalaman yang sama.
Melakukan kerja yang sama setiap hari adalah “kepenatan” yang mungkin tidak terluah kerana setiap orang akan melalui frasa ini dalam hidup terutama saat anak-anak masih kecil dan memerlukan penjagaan rapi. Dan berdasarkan pengalamannya, dirinya berkongsi hal ini untuk diperbincangkan secara ilmiah, adakah tindakan menhantar anak ke taska untuk me time ini salah, atau wajar dibuat?
Dr Say Kongsi Pengalaman Hantar Anak Ke Taska Hujung Minggu
Berkongsi di instagramnya @say_shazril, katanya selepas menghantar anaknya ke taska pada hujung minggu, doktor ini mengakui sesuatu yang amazing terjadi dalam rumah tangga termasuk pada hubungan suami isteri.
Lama dah tak mengarang & rasa terpanggil sebab saya memperjuangkan kesihatan mental mak ayah dan bila terbaca statement dari FB ni terduduk saya dibuatnya. Tapi kita bincang secara hati terbuka okay?
Once upon a time, saya pernah ada maid untuk 2 tahun yang turned out dia hisap rokok. Traumatised dengan maid tu, lepas habis contract kami bye-byekan dia & tepat lepas dia pergi, anak kedua kami was born. Masa tu kami bagitahu ourselves, its okay, we can do this. Tapi kami perasan yang kami selalu kelahi, selalu berkira buat kerja rumah dengan one another, selalu in bad terms SEBAB WE WERE EXHAUSTED.
Masa tu bini tengah buat masternya, saya the only income provider. Anak autism dalam fasa ketidakstabilannya, yang baby memerlukan extra attentionnya.
SETIAP HARI RASA SEPERTI BUAT BENDA SAMA. Ada satu masa tu, i was scared for the next day sebab dari bangun sampai tidur akan hadap benda sama yakni bancuh susu anak, basuh botol, buang sampah, kemas toys anak dan buat kerja-kerja rumah yang lain.
Jadi i told my wife, we need to do something cause this vicious cycle is not healthy. Mujur kami terjumpa taska yang boleh jaga anak on weekend. 1st time kami anta anak on weekend memang rasa bersalah tapi kami berjaya qada tidur, berjaya reconnect with each other, berjaya PECAH DARI RUTIN & IT FELT AMAZING!
Hasilnya Hubungan Suami Isteri Lebih Rapat
Bila amik anak dari taska tu, we felt rejuvenated, more energetic, more ALIVE! Dan kami perasan bila kami banyak ambil “short break from the kids” macam ni, hubungan kami suami isteri lebih rapat, attention kami kepada anak-anak lebih padu & we as a family were more happy.
Dan if you ask me, anta anak-anak kat taska lagi baik daripada anta anak-anak kat mak ayah/ adik beradik sebab at least kita bayar taska tu (unless family members volunteer nak jaga anak-anak).
In a nutshell, YOU DO YOU. Only you know the level of stress you are going through, only you know your level of burn out juggling between working & parenting, only you know what is best for you & your family sebab kalau you sendiri terumbang ambing, trust me your kids are gonna be the same.
Apa kata korang? Ke memang parents yang anta anak ke taska untuk berjoli ni keji? Open discussion please.
“Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”.
Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua.
Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi.
Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar nasihat banyak diberikan kepada anak lelaki. Kali ini, tentang anak sulung pula. Sebabnya, dialah yang menjadi harapan untuk keluarga.
Anak sulung, segalanya diletakkan dibahunya. Dialah orang yang diharapkan untuk menjadi contoh terbaik kepada adik beradiknya. Sementelah kalau dia seorang anak lelaki.
Waima, anak sulung lelaki atau perempuan sekalipun, tanggungjawabnya cukup besar pada keluarga. Jangna fikir, dia anak pertama yang menjadi penghuni rahim itu, dia perluj dimanjakan dan tak perlu buat kerja rumah, diserahkan pada adik-adiknya.
Mak ayah, jangan terlalu manjakan, tegurlah dan berilah dia rasa tanggungjawab untuk keluarga. Sebabnya, dialah menjadi role model untuk adik-adiknya dan pengganti bila mak ayah tiada nanti.
Tak boleh jelak, kena istiqamah tegur anak sulong.
Contoh macam pinggan dalam sinki ni.
Saya dah pesan banyak kali pada anak saya yang sulong ni, pinggan lepas makan kena basuh.
Kadang dia basuh, kadang dia tinggal je.
Kadang rasa tak sampai hati juga, saya tutup mata basuh je la pinggan tu.
Dalam hati kata, alah senang je tu!
Tapi bila saya fikir-fikir balik, kalau saya tak ajar dia siapa lagi nak ajar dia.
Ini soal displin, tanggungjawab dan self-manage. Hati sampai ke tak sampai, tetap kena tegur.
Lagipun anak sulung ni ibarat penanda aras kejayaan didikan ibu ayah tau.
1. Macam mana anak sulung, begitu juga la adik-adiknya akan ikut nanti.
2. Anak sulung ibarat role model cilik dalam rumah kita. Jadi contoh adik beradik.
3. Dia yang akan jaga adik-adiknya nanti pun anak yang sulong ni juga.
4. Kalau kita dah tak ada esok hari, dialah penganti kita. kalau lelaki dia lah wali mereka nanti.
5. Cara bercakap, berjalan dan bekerja anak sulung ni la yang paling mirip sekali dengan kita.
Oleh sebab ini, kita tak boleh pernah jelak tegur anak sulung ni.
Walau dia tak dengar, tegur je.
Percayalah, bila kita kerap ulang ulang tegur lama-kelamaan anak sendiri akan nampak hikmah di sebalik teguran kita tu.
Lagipun kalau bukan kita yang tegur, siapa lagi nak tegur anak kita. Huh!
Wallahu A’lam,
Mingguan Wanita : Besar tanggungjawabnya. Jadi contoh pada adik-adik.