Doakan Adib Yang Kembali Kritikal, Tun Dr Siti Hasmah Sayu Hingga Menitis Air Mata

Share

Semalam, dilaporkan Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 anggota bomba yang cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya, keadaannya semakin merosot dan membimbangkan.

Rentetan perkhabaran itu, pagi ini, isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN).

Menitis air mata bak seorang ibu yang pilu melihat keadaan anaknya yang sedang tenat. Beliau yang tiba kira-kira jam 9.50 pagi itu sempat mendengar sendiri penerangan daripada doktor pakar yang merawat Adib.

 

 

Dalam laporan IJN semalam Adib, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya ini dimaklumkan fungsi paru-parunya mengalami kemerosotan yang progresif.

Selepas menjalani pemeriksaan, paru-paru Muhammad Adib menunjukkan tanda-tanda penyatuan dan pengerasa pada tisu paru-paru. Kondisi itu menyebabkan pertukaran gas tidak efektif.”

Bukan itu saja, fungsi buah pinggangnya juga bertambah buruk sehingga menyebabkan dia memerlukan semula sokongan dialisis,” kata IJN.

Keadaan terkini Adib, membuatkan IJN dengan beberapa disiplin perubatan memutuskan untuk menggunakan semula mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) bagi membantu paru-parunya berfungsi.

Kami (IJN) sangat mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia untuk mengembalikan kesihatan Muhammad Adib,” ujar IJN.

 

Tun Dr Siti Hasmah Doakan Adib Segera Sembuh, Minta Keluarga Bersabar

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid, “Tun Dr Siti Hasmah mendoakan Adib segera sembuh dan berharap pihak keluarga bersabar atas kejadian yang berlaku.”

Pada masa yang sama, beliau sempat berpesan kepada semua anggota bomba supaya berhati-hati dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.”

Kejadian 27 November, jam 1 pagi lalu, Muhammad Adib ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dengan anggota pasukannya.

Malangnya, Adib yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRA dikatakan telah ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Adib juga rupanya sedang menanti hari untuk melangsungkan perkahwinan pada 26 Disember ini dengan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi.

Semoga tunang Adib terus kuat dan cekal serta berdoa untuk Adib kembali pulih.

Begitu juga rakyat Malaysia, jangan berhenti berdoa.. teruslah mendoakan kesembuhan untuk Muhammad Adib, anggota bomba yang dikasihi rakyat Malaysia ini.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian

Published by
Netty Ah Hiyer