Foto: Instagram  @itsnoraariffin 
Kehadiran Ramadan kali ini benar-benar menyentuh jiwa seorang ibu yang kehilangan anggota keluarga yang dikasihi. Penyanyi terkenal tanahair, Nora Ariffin akui selain dunia sedang menghadapi Pendamik Covid-19, Ramadan tahun ini dilalui tanpa kehadiran anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan.
Selepas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer terkenal pada 24 Mac 2017. Nora juga turut kehilangan anak keduanya hampir lima bulan lalu iaitu Muhammad Syakir Alif atau lebih mesra disapa Alif, yang meninggal dunia pada 14 Disember. Alif meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah di kediaman mereka.
“Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 
Foto: Instagram  @itsnoraariffin 

Banyak Kenangan Bersama Arwah

Akui Nora lagi pemergian Alif sangat dirasai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana banyak kenangan bersamanya dalam bulan mulia ini.

Nora Ariffin Tak Pernah Terfikir Jadi Imam Solat Tarawih Di Rumah

Namun @itsnoraariffin menerusi laman Instagram peribadinya sentiasa memohon doa kesejahteraan ke atas roh kedua arwah.

“Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 
Kenangan bersama arwah suami.

Hikmah PKP.
Anak2 tak sekolah.
Puasa dgn penuh pengisian & kesabaran.
Masuk waktu terus ajak solat.
Alhamdulliah….moga terus istiqamah sampai bila2.
Doa utk papa & abang Alif tak pernah putus.
Moga mereka tenang disana.
In Shaa Allah.”
“Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 

“Salam Jumaat penuh barakah..

Yang pergi tak kan kembali..
Yang ada jangan terlalu gembira..
Yang pasti, hidup harus diteruskan….MOVE ON.
TRUST ALLAH.
He is the best planner.
Hanya REDHA ALLAH yg dicari.
Berserah…..dan Husnudzan pada Allah
Moga dikurniakan apa yg terbaik utk kita.” 

“Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 

Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Nora menyatakan dia bagaimanapun menguatkan hatinya bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah terus kuat dan tidak bersedih.

IKLAN

“Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 

“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk hiburkan anak-anak kerana tak mahu mereka rasa terlalu sedih dan kehilangan. Saya perlu menjadi contoh kepada mereka. Jadi, kalau mereka nampak mama mereka kuat, mereka pun akan jadi kuat,” luah ibu penyayang ini.

Dinasihat Tidak Tunjukkan Kesedihan Pada Anak-Anak

Sambungnya lagi, dia juga dinasihatkan doktor yang membimbing psikologi mereka sekeluarga supaya tidak menunjukkan rasa kesedihan kepada anak-anak.

IKLAN

“Sejak Alif tiada, banyak yang bermain di dalam fikiran saya. Tanpa saya sedari, semua itu memberi impak kepada anak-anak sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

“Jadi, bagi menyelesaikan perkara itu, saya dan anak-anak bertemu dengan pakar psikiatri sebab saya sendiri pun tak pernah lalui situasi sebegini.

“Pada masa sama, saya juga ada merujuk ustaz dan ustazah bagi membimbing rohani kami untuk diseimbangkan dengan psikologi.

IKLAN

“Alhamdulillah, semua dah kembali kuat untuk teruskan kehidupan kami sekeluarga,” tambahnya.

“Doa Untuk Papa & Abang Alif Tak Pernah Putus, Moga Mereka Tenang Disana” Nora Ariffin 
Bersama anak-anak dan menantu.

Selama 20 Tahun, Alif Tak Pernah Tinggikan Suara Pada Nora

Sumber: Harian Metro

Foto: Instagram  @itsnoraariffin

Nak Sangat Isteri Tahu, Betapa Perit Hidup Tanpa Orang Kita Sayang – Nora Ariffin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI