Hidup bermadu tak semuanya diselebungi hubungan yang kelam, perang nak rak bagai mahu kiamat dunia. Tak semua begitu. Ada yang sama-sama saling menjaga hati, tahu batas dan faham tanggungjawab masing-masing.
Dan inilah yang dilalui Nor Ilda Amiza Ismail bersama adik madunya. Mereka baik-baik jalani kehidupan bermadu, saling berkasih sayang. Malah sempena ulangtahun perkahwinan adik madu dengan suaminya. Isteri pertama ini mendoakan yang baik-baik untuk adik madunya dan suami.
“Macam mana nak baik dengan madu?”
“Saya teringin nak berbaik dengan madu macam puan. Tapi saya tak tau caranya
”“Saya nak berbaik dengan madu , tapi madu tak mahu. Macam mana nak buat kak?”
Kerapkali saya terima soalan-soalan ini.
Memanglah bukan mudah nak sampai begini. Ia bukan usaha sehari dua. Ia adalah satu proses bertahap yang sangat perlu pada IMAN dan SABAR.
Saya kongsikan 3 asas penting untuk membentuk hubungan yang baik sesama madu.
Madu itu sudah menjadi sebahagian dari keluarga kita. Sayangi/cintai dia seperti ahli keluarga.
Pegang kata-kata nabi ini baik-baik.
“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri” HR Anas Ibnu Malik.
Madu sama tarafnya dengan kita. Hak semua isteri adalah sama tidak kira pangkatnya isteri sulung atau bongsu. Tiada terlebih atau terkurang. Hormati hak-haknya sebagaimana kita mahu madu hormat hak-hak kita.
Ihsan bermahsud kesempurnaan atau terbaik.
Orang yang kuat ihsannya akan selalu berbuat kebaikan kerana dia mahu redha Allah dan bukan redha makhluk.
“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah)” Surah al-Qasas, ayat 77
Maqam ihsan yang tertinggi ialah dia sanggup mengurangi haknya untuk diberikan madu atas sebab kasih sayang.
Jika ketiga-tiga asas ini diusahakan, Insya Allah pasti diberikan jalan dan ilham oleh Allah untuk kalian berkasih sayang.
Bagaimana jika madu menolak? Tidak mahu berbaik. Malah terus memusuhi dan menzalimi diri.
Beginilah.
Hati setiap manusia kepunyaan Allah. Kita tiada kuasa untuk mengubah orang lain. Mohonlah padaNya, doakan yang baik-baik untuknya.
Jangan serik berbuat kebaikan. Balas keburukan dengan lebih banyak kebaikan. Sentiasa ingat firman Allah ini dalam Surah Al Isra’ ayat 7 “Kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk faedah diri kamu sendiri”
P/s : Hari ni hari anniversary adik madu Yuyu Yusna & Tuan Suami. Cepat betul masa berlalu. Diam tak diam dah 5 tahun usia perkahwinan mereka berdua. Happy anniversary buat tuan suami dan madu tersayang! Didoakan kalian sentiasa dalam sakinah, mawaddah dan rahmah hingga ke Jannah, aamin.
Sumber/Foto : Nor Ilda Amiza Ismail
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.