Doa Sabar Dari Melly Goeslaw, Mohon Netizen Hentikan Sebar Berita, Gambar Palsu

Share

Kehilangan 189 penumpang dan anak kapal pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang membawa berita duka kepada seluruh rakyat Indonesia, malah dunia menangisi pemergian mangsa.

Penyanyi dan menulis lirik terkenal Indonesia, Melly Goeslaw turut merasai kesedihannya.

Dalam catatan penuh makna di dalam instagram miliknya, isteri Anto Hoed ini juga menyatakan kedukaannya yang amat dalam sekali.

“إنَّا لله وإنا اليه راجعون
‎رحمه الله رحمة واسعة وأسكنه فسيح جناته انه سميع عليم”

Turut berduka yang sedalam dalamnya atas peristiwa yang menimpa pesawat Lion Air.”

Semoga Allah Syahidkan seluruh yang wafat dalam peristiwa ini.” Doanya dititipkan untuk mangsa yang terkorban dalam nahas paling menyayat hati ini.

Kapal terbang Lion Air dikatakan baru saja berlepas kira-kira 6.20 pagi tadi dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sebelum disahkan terhempas.

Lebih sayu, di dalam pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu terdapatnya seorang kanak-kanak dan dua orang bayi.

 

Hentikan Sebar Berita, Gambar Palsu Tragedi Pesawat Lion Air

Tidak cukup dengan berita pilu itu, ramai juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan berita mahupun gambar-gambar palsu berkenaan tragedi itu di laman sosial.

Doa Melly diungkap dalam statusnya, “Dan kepada semua keluarga korban diberi lautan sabar dan ikhlas.”

Mari kita semua menghargai dengan tidak memposting atau menyebarkan berita terkait dan foto terkait yang belum tentu valid

.”

Sungguhlah seperti yang dimaklumkan oleh penyanyi ini, sesungguhnya berita-berita palsu atau tidak sahih ini lagi menambah luka di jiwa waris mangsa.

MW: Seharusnya belajarlah untuk jadi pengguna laman sosial yang lebih bijak, matang dan bertanggungjawab.

Sumber/Foto : Melly Goeslaw

Published by
Netty Ah Hiyer