Kehilangan 189 penumpang dan anak kapal pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang membawa berita duka kepada seluruh rakyat Indonesia, malah dunia menangisi pemergian mangsa.
Penyanyi dan menulis lirik terkenal Indonesia, Melly Goeslaw turut merasai kesedihannya.
Dalam catatan penuh makna di dalam instagram miliknya, isteri Anto Hoed ini juga menyatakan kedukaannya yang amat dalam sekali.
“إنَّا لله وإنا اليه راجعون
رحمه الله رحمة واسعة وأسكنه فسيح جناته انه سميع عليم”
“Turut berduka yang sedalam dalamnya atas peristiwa yang menimpa pesawat Lion Air.”
“Semoga Allah Syahidkan seluruh yang wafat dalam peristiwa ini.” Doanya dititipkan untuk mangsa yang terkorban dalam nahas paling menyayat hati ini.
Lebih sayu, di dalam pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu terdapatnya seorang kanak-kanak dan dua orang bayi.
Ads
Hentikan Sebar Berita, Gambar Palsu Tragedi Pesawat Lion Air
Tidak cukup dengan berita pilu itu, ramai juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan berita mahupun gambar-gambar palsu berkenaan tragedi itu di laman sosial.
Doa Melly diungkap dalam statusnya, “Dan kepada semua keluarga korban diberi lautan sabar dan ikhlas.”
Ads
“Mari kita semua menghargai dengan tidak memposting atau menyebarkan berita terkait dan foto terkait yang belum tentu valid.”
Sungguhlah seperti yang dimaklumkan oleh penyanyi ini, sesungguhnya berita-berita palsu atau tidak sahih ini lagi menambah luka di jiwa waris mangsa.
MW: Seharusnya belajarlah untuk jadi pengguna laman sosial yang lebih bijak, matang dan bertanggungjawab.
Gurauan kerap melondehkan seluar kawan rupanya menjadi punca murid darjah satu diasingkan dan diberi hukuman ‘penjara’ oleh pihak sekolah baru-baru ini.
“Anak saya masih tidak mahu ke sekolah kerana takut dimasukkan lagi dalam tempat (kurungan) itu.
Demikian penjelasan bapa murid Tahun Satu yang dikurung dalam jeriji besi di sebuah sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan.
Mohon Maaf, Enggan Panjangkan Isu
Bapa murid terbabit yang enggan namanya didedahkan memberitahu, pihaknya sudah memohon maaf kepada ibu bapa seorang murid di sekolah sama susulan tindakan anaknya bergurau keterlaluan dengan melondehkan seluar murid terbabit.
“Saya juga sudah mohon maaf kepada ibu bapa murid itu terhadap tindakan anak saya. Mereka enggan memanjangkan isu itu berikutan anak kami memang berkawan baik di luar sekolah. Malah anak saya memang kuat bergurau.
“Semua pihak sudah saling bermaaf-maafan ketika perjumpaan semalam (kelmarin). Saya dan isteri tidak simpan dalam hati, bagaimanapun saya sudah serahkan segalanya kepada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) untuk siasat,” katanya.
Bergurau Tarik Seluar Kawan
Menjelaskan perkara itu, lelaki itu juga tampil memberi penjelasan di Facebook mengatakan perbincangan dibuat antara pihaknya, sekolah, polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 10.30 pagi di sekolah itu kelmarin.
“Saya dimaklumkan guru kelas, anak saya bergurau dengan menarik seluar kawannya. Bukan anak saya seorang yang melakukannya. Malah ia turut membabitkan tiga atau empat murid lain.
“Anak saya tidak mahu hadir ke sekolah akibat trauma dimasukkan ke dalam ‘penjara’ itu,” katanya.
Menurutnya, tiada guru yang menunggu anaknya ketika diletakkan bersendirian dalam kurungan itu.
“Perkara itu diakui sendiri guru terbabit ketika dalam perbincangan. Bagaimanapun, cukup setakat ini saja, saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini.
“Semua anak-anak ada di media sosial, mereka membaca dan sedih. Sekarangsaya nak perbaiki dulu mental dan emosi anak-anak saya. Lagipun kami sudah bermaafan dan anggap perkara ini sudah selesai,” katanya.
Kurung Dalam ‘Penjara’
Sejak Selasa, media sosial kecoh berhubung kisah seorang murid Tahun Satu dikurung dalam sebuah bilik berpagar besi yang kelihatan seperti penjara.
Tindakan salah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Rembau, Negeri Sembilan itu mengundang rasa tidak puas hati ibu bapa murid terbabit berikutan anaknya dikurung.
Hasil siasatan PPD mendapati, hukuman pengasingan itu diambil pihak sekolah selepas murid berkenaan mengulangi kesalahan mengganggu rakannya dengan suka melondehkan seluar walaupun sudah diberikan peringatan.
Masitah minta maaf, isu minta malaikat doa untuk kita sebab banyak dosa. Semangat wanita ini sangat dikagumi. Sempurna dan berjaya dalam perniagaan namun diuji kemalangan hingga mengakibatkan matanya buta sepenuhnya.
Seorang pekerjanya meninggal dalam kemalangan yang sama apabila kenderaan mewah dinaikinya melanggar belakang sebuah trelar pada 21 Mac lalu dan di bahagian kepalanya terpasang 9 plate besi.
Tapi apa yang membuat ramai kagum, dirinya tak pernah mengeluh dan kata-katanya sangat positif hingga ramai kagum dengan semangatnya. Bahkan kerana ketulusan hatinya, ada yang hubungi ingin menghadiahkannya sepasang mata kerana penderma ini berikrar menjadi penderma organ namun dirinya menolak dengan alasan baik.
Kata Masyitah matanya berada dalam keadaan baik namun saraf yang tersepit dan terhimpit antara penyebab dirinya tak boleh melihat langsung.
Masitah Minta Maaf
Di sebalik ramai mengagumi ketabahan dan semangatnya, sejak semalam nama Masitah MOhd Afandy sedikit terpalit berikutan kata-katanya yang dilihat “salah” pada sesetengah pandangan hingga isu akidah ditimbulkan.
Dalam satu video hingga ia menjadi perdebatan, Masitah dilihat berkata, memandangkan kita insan yang banyak dosa, katalah kepada malaikat untuk doakan kita.
“Malaikat-malaikat, bagi tahu dengan malaikat yang jaga Puan Hidayah ini suruh sampaikan dekat Allah rumah ini dia nak. Bila kita doakan orang, doa itu lebih cepat makbul daripada kita doa untuk diri kita sendiri. Nak kita doakan bagi tapi kita bagi tahulah dengan malaikat.
“Sama je macam kita nak bangun tahajudkan, cakap dengan malaikat suruh kejutkan. Takkan nak minta kejutkan saja, minta lain lain juga,”kata Masitah.
Di sebalik kenyataan ini, hal ini telah menarik perhatian ramai orang hingga ada menyebut isu akidah seperti dikongsikan oleh seorang pengguna fb,Ummu Naielah.
“Maaf, kalau ayat-ayat macam ini bukan tawassul lagi dah, ini dah jatuh syirik sebab terang-terang dia minta pada malaikat bukan Allah. Maaf sangat-sangat terpaksa up isu ini sebab ia bukan isu kecik tapi isu akidah.
Isu “Minta Malaikat Doa Untuk Kita Sebab Banyak Dosa”
Bahkan ada yang menyebut kita seharusnya meminta terus pada Allah walau kita seorang pendosa.
Hal ini menarik perhatian Masyitah sendiri dan meminta maaf di atas ketelanjuran kata-katanya dalam livenya malam tadi selepas isu ini menjadi perhatian.
NAMUN BENARKAH KENYATAAN MASITAH SALAH? Tak boleh ke kita jadikan Malaikat sebagai pengantara?
Hal ini turut dibahaskan oleh seorang pensyarah kanan UiTM, Dr Asyran yang memiliki PhD Usuludin UKM.
BENARKAH MINTA TOLONG DENGAN MALAIKAT JADI SYIRIK TERUS???
Nabiy sendiri yang ajar minta tolong dengan Malaikat. Takkanlah syirik?
Aku tinggal anak kat asrama, pesan kat pengurusan sekolah, jaga anak saya. Takkan syirik? Malaikat dengan warden mana afdhal?
Ni orang kata mengaji dengan literalis tak habis. Akhirnya memperbodohkan akal.
Satu lagi, ni bukan Tawassul. Ini Bab Isti’anah dan Istighatsah. Contoh Istighastah:
“Kerajaan tolonglahhhhhh turunkan taarif elektrik dan harga petrol, kami rakyat ni sengsara!”
Takkan syirik woi Wasabi!
Kenapa minta Kerajaan, kenapa tak minta Allah??
Tu kena faham masalah kalam zahir atas jalan sebab dan kalam atas jalan hakikat!
Mengajilah!
Bukan tunjuk pandai nak famous.
Ni hadith Nabiy ajar minta tolong malaikat kalau sesat di jalanan:
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إن لله عز و جل ملائكة سوى الحفظة يكتبون ما سقط من ورق الشجر فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله يرحمكم الله تعالى )
Mafhumnya: Daripada Ibn Abbas (Semoga Allah meredhai keduanya) bahawasanya Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat selain malaikat hafazah, malaikat itu menulis setiap helaian daun yang gugur daripada pohon-pohon, apabila salah seorang kalian mengalami kesukaran (mencari jalan pulang kerana sesat) di hamparan padang pasir yang terbentang maka hendaklah dia menyebut ‘Wahai Hamba Allah (yakni malaikat tersebut) Tolonglah!’ Maka Allah akan merahmati kamu (dengan bantuan malaikat itu)”
Peminat sedih & terkejut, pelakon Bollywood Tunisha Sharma ditemukan meninggal dunia di set penggambaran. Bagaikan tidak percaya, pelakon wanita muda Tunisha Sharma, 20 ditemukan meninggal dunia ketika sedang menjalani siri penggambaran drama.
Pelakon TV India, Tunisha Sharma ditemukan meninggal dunia di set penggambaran siri lakonannya dekat Vasai, Palghar.
Tunisha sebelum ini pernah membintangi drama Bharat Ka Veer Putra – Maharana Pratap, Chakravartin Ashoka Samrat, Gabbar Poonchwala, Sher-e-Punjab: Maharaja Ranjit Singh dan lain-lain.
Peminat Sedih & Terkejut
Sebelum kejadian, Tunisha, 20, dikatakan pergi ke tandas namun hilang dalam tempoh yang lama dan tidak kembali semula menyambung penggambaran.
Krew produksi yang menyedari kehilangannya dan kemudian selepas pintu tandas dipecahkan dan jasadnya ditemui tidak bernyawa Sabtu lalu.
Pihak polis memberitahu media tempatan bahawa jasad Sharma kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk disahkan kematiannya dan akan menyiasat kes itu dari semua sudut termasuk jenayah pembunuhan.
Sempat Muat Naik Video Di Instagram
Pada hari sama, Tunisha didapati ada memuat naik video di Instagram Story ketika berada di set penggambaran drama tersebut.
Insiden tersebut amat mengejutkan mereka yang mengenali pelakon itu.
Meninjau ruangan Instagram miliknya, rata-rata peminat dan pengikutnya meluahkan kesedihan atas apa yang berlaku.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...