Mesti ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar tetapi kalau tak ada genetik kembar, peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu kurang daripada 1%.
Namun dari kajian sains, setiap wanita mempunyai potensi untuk mendapat anak kembar. Ya, sebenarnya seronok kalau mak ayah dapat anak kembar. Tambah pula kalau dah bertahun menanti cahaya mata, tetiba dapat berita gembira isteri hamil bayi kembar.
Maklumlah hanya dengan sekali saja menempuh frasa kehamilan dan kesakitan proses kelahiran, anda berjaya mendapat dua atau tiga orang bayi. Tapi bukan mudah untuk memiliki anak kembar walaupun anda ada genetik itu ya Tapi jom, kita semak dulu cara yang bantu ibu ayah untuk dapat bayi kembar…
Genetik daripada keluarga anda dan suami, boleh jadi kemungkinan besar anda juga mampu dapat anak kembar. Kalau semasa persenyawaan berlaku penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa, anda bakal dapat kembar yang diidamkan.
Wanita berumur 35 hingga 40 tahun ke atas ada potensi yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Sebab wanita di usia ini mengambil rawatan kesuburan yang akan menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses tersebut diganggu oleh proses perimenopause.
Ya, lebih ramai bilangan anak yang pernah anda lahirkan, lebih tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar pada kehamilan seterusnya.
Wanita tinggi atau perempuan mempunyai berat badan yang lebih berat mempunyai potensi lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar.
Bonus bagi anda yang suka ambil makanan mengandungi estrogen tinggi diyakini mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar. Protein ditemui dalam susu lembu, boleh meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan oleh wanita. Serius, wanita yang suka minum susu cenderung memiliki bayi kembar lima kali ganda.
Ini meningkatkan peluang anda untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi. Ubat kesuburan clomid memberi 10 peratus peluang manakala gonal F menawarkan 30 peratus peluang untuk anda hamil anak kembar.
Paling mudah, amallah doa yang terkandung dalam surah As-Saaffaat ayat 120 dan surah ,As-Syura, ayat 50. Kena istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan.
Kerap berlaku kalau pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji atau Persenyawaan Luar Rahim yang dikenali sebagai IVF. Ini merangsang ovari supaya menghasilkan lebih daripada satu telur untuk meningkatkan kemungkinan kehamilan berjaya.
Haaa…. tip dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun itu hanya satu permulaan, macam mana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?
Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:
Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.
Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.
Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.
Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.
Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.
Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.
Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.
Ibu, jangan putus asa ya, setiap impian akan menjadi nyata kalau anda usaha lebih. Moga ada rezeki untuk anda dapat anak kembar suatu masa nanti!