Betulah kuasa doa mampu tenangkan hati dan inilah bait-bait indah daripada seorang ustaz, Ebit Lew kepada anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa kebakaran subuh semalam, moga kita mampu menghayati dan berlapang dada menerima ujian Allah…
Ya Allah Yang Maha Penyayang, aku adukan kesedihan dan kepiluan hati ini kepadamu.
Tadi ketika sedang berada di Pekan Pahang. Berita teramat menyedihkan bila kita kehilangan permata daie, hafiz dan pemegang panji-panji Islam di Madrasah ittifaqiyah keramat Kl.
Nabi saw teramat sedih dalam kisah Bir Maoona. Iaitu zaman Nabi saw 70 sahabat yang ahli Al-Quran mati syahid..kata sahabat rhum kami tidak pernah lihat Nabi saw sedih lebih dari itu lagi.
Kita semua sebuah keluarga. Kita menikmati Islam ini kerana air mata tangisan perjuangan Nabi saw, keluarga Nabi saw dan Para sahabah rhum..anak-anak ini, anak kita semua.
Belum berhenti air mata ini…ya Allah yang maha baik. Betapa ibubapa ini, anak-anak hafiz yang baik ini..kami semua hanya inginkan RedhaMu. RedhaMu lah tujuan hidup kami semua..tiada yang lain-lain.
Ya Allah, berilah syurga Firdaus buat anak-anak ini. Walau kecil-kecil setiap hari mereka mengulang, menghafal kalamMu demi menjaga lafaznya, maksudnya dan tujuan bawa kehidupan Islam.
Kami semua belum tahu nasib kami lagi. Selalu tinggal baca Al-Quran. Belum berusaha seperti anak-anak ini. Ya Allah pasti kau sangat sayangkan anak ini semua.
Ya Allah, buat ibubapa yang kehilangan anak dan semua ahli keluarga mereka. Berilah ketabahan dan kekuatan. Pasti teramat besar ganjaran dan kasih sayang kau pada keluarga mereka. YaAllah sayangilah setiap ahli keluarga anak-anak ini.
Ya Alllah, kami semua mengadu rasa sedih teramat dan rasa pilu ini kepadaMu. Belum berhenti mengalir air mata ini dari siang sampai sekarang..Letakkanlah rasa cinta dan sayang kami dan semua manusia ini kepada Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Kematian mereka adalah syahid disisimu. Ya Allah, jadikan ini semua asbab hidayah dan rahmatMu mencurah-curah kepada keluarga anak ini, kepada kami semua dan asbab hidayah seluruh alam. Berilah islam tersebar di seluruh dunia.
Ya Allah , kami sayang anak-anak ini. Ya Allah diriku teramat sayang pada anak-anak ini semua..yaAllah diriku terlalu cemburu melihat anak syurga ini semua. Kecil-kecil tapi jiwa mereka seperi anak-anak sahabat rhum. Sifat Nabi saw mereka amalkan. Kami dah tua tapi belum susah dan berjuang seperti anak ini semua.
Ya ALLAH bantulah orang yang berjuang hidupkan agama. Ya Allah, bantulah anak-anak yang sedang belajar agama dan yang ingin meninggikan kalimahmu. Ya ALLAH..bantulah kami semua. Berilah ketenangan dan kekuatan buat keluarganya. Kuatkanlah hati ahli keluarganya.
Ya Allah kami adukan kesedihan dan kesusahan kami padaMu. Cukuplah kau buat kami. Kami hanya mengharapkn RedhaMu-ebit lew