Uncategorized

Doa di Jabal Rahmah jadi perhatian warganet. Farhatul Fairuzah kongsi doa dipermudahkan jodoh & dapat pasangan hidup baik

Share

Doa adalah senjata utama bagi hati yang berharap, terutama bagi mereka yang sedang mencari jodoh. Amalkan doa dengan penuh kesabaran dan keyakinan, kerana jodoh adalah rahsia indah dari Allah.

Seri pengantin baru!. Itulah yang boleh digambarkan apabila melihat  qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berkongsi momen bersama suami tersayang, Ustaz Ilham Amri mengerjakan umrah diikuti bercuti ke beberapa destinasi di Eropah usai mendirikan rumahtangga.

Sempat berkongsi doa untuk mereka yang mencari jodoh, titipan istimewa ini mendapat perhatian para netizen.

“Doa kepada mereka yang mencari jodoh atau agar dipermudahkan urusan jodohnya.

“Jadi kepada anda yang masih bujang bolehlah amalkan

“Bismillahirrahmanirrahim.

Ya ALLAH Ya Tuhanku kurniakanlah daku jodoh yang sebaik-baik kejadian.

“Yang baik mengikut ukuran-MU, baik jualah untuk diriku dan yang faham pada kehendak agama,” kongsinya di sisi suami.

Juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu mendedahkan dirinya pernah mendoakan agar dikurniakan jodoh yang baik selama tiga tahun di Jabal Rahmah.

Farhatul mendedahkan, kembali ke sana sebagai suami isteri, dia tidak  menyangka Ustaz Ilham adalah pasangannya.

“2023 dan 2025. Eh tahu-tahu ke sini lagi dengan keadaan yang berbeza.

“Rupanya doa banyak-banyak di Jabal Rahmah sudah ada orangnya,” kongsinya yang memohon doa yang baik-baik daripada warga maya.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/johan-qariah-antarabangsa-farhatul-fairuzah-raih-cgpa-3-90-genggam-sarjana-muda-pengajian-al-quran-al-sunnah/

Untuk info, pendakwah berusia 25 tahun itu telah melangsungkan perkahwinan dengan Ustaz Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif pada 16 Disember 2024.

Selain itu, Farhatul baharu sahaja menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menggenggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah turut memiliki memiliki tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Follow kami di Facebook Website , Instagram, YouTube , Twitter Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Rosmah Idayu