Doa adalah senjata utama bagi hati yang berharap, terutama bagi mereka yang sedang mencari jodoh. Amalkan doa dengan penuh kesabaran dan keyakinan, kerana jodoh adalah rahsia indah dari Allah.
Seri pengantin baru!. Itulah yang boleh digambarkan apabila melihat qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berkongsi momen bersama suami tersayang, Ustaz Ilham Amri mengerjakan umrah diikuti bercuti ke beberapa destinasi di Eropah usai mendirikan rumahtangga.
Sempat berkongsi doa untuk mereka yang mencari jodoh, titipan istimewa ini mendapat perhatian para netizen.
“Doa kepada mereka yang mencari jodoh atau agar dipermudahkan urusan jodohnya.
“Jadi kepada anda yang masih bujang bolehlah amalkan
Ads
“Bismillahirrahmanirrahim.
Ya ALLAH Ya Tuhanku kurniakanlah daku jodoh yang sebaik-baik kejadian.
“Yang baik mengikut ukuran-MU, baik jualah untuk diriku dan yang faham pada kehendak agama,” kongsinya di sisi suami.
Juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu mendedahkan dirinya pernah mendoakan agar dikurniakan jodoh yang baik selama tiga tahun di Jabal Rahmah.
Ads
Farhatul mendedahkan, kembali ke sana sebagai suami isteri, dia tidak menyangka Ustaz Ilham adalah pasangannya.
“2023 dan 2025. Eh tahu-tahu ke sini lagi dengan keadaan yang berbeza.
“Rupanya doa banyak-banyak di Jabal Rahmah sudah ada orangnya,” kongsinya yang memohon doa yang baik-baik daripada warga maya.
Untuk info, pendakwah berusia 25 tahun itu telah melangsungkan perkahwinan dengan Ustaz Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif pada 16 Disember 2024.
Selain itu, Farhatul baharu sahaja menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menggenggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah turut memiliki memiliki tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Sebagai seorang anak, jangan ingat apa yang kita perolehi selama ini hanya hasil usaha yang kita lakukan. Tapi, rahsia sebenar yang pelu anak-anak tahu adalah doa dan restu seorang mak.
Inilah rahsia sebenar kejayaan seseorang yang kita tidak tahu. Walau setinggi mana sekalipun kita ada, baik kejayaan dan harta, semua ini tidak akan berlaku tanpa doa ibu.
Perkongsian daripada dr Ahmad Samhan ini boleh dijadikan panduan untuk kita. Sebagai seorang anak sentiasa meminta restu dan soa dari mak. Malah, kita sebagai seorang mak pun jangan pernha jemu untuk mendoakan anak-anak.
Dari awal perkenalan lagi, saya kagum dengan sosok tubuh ini.
Tenaga dia macam tak habis-habis. Sentiasa bersemangat dan kata-kata dia sentiasa positif. Bagi dia, tiada apa yang mustahil dalam hidup ini.
Tapi bila dia bercerita tentang kisah hidup dia. Bagaimana dia melayan ibunya.
Terdetik hati ini, “Allah beri balasan yang baik kepadanya kerana dia telah muliakan ibunya”
Dia ni dulu bukan kaleng-kaleng. Engineer TNB bergaji RM15,000 sebulan. Tapi dia sanggup tinggalkan jawatan dan gaji lumayan demi menjaga ibunya.
Dengan ceburi diri dalam bidang unit amanah, masanya lebih fleksibel. Apa yang lebih penting, dia boleh temani ibunya untuk dialisis. 3 kali seminggu.
Setiap kali ada temujanji dengan client, dia minta ibunya doakan agar dipermudahkan semua urusan.
“Tokma, hari ini Ayie nak jumpa prospek ni. Big boss, namanya Tuan XXX. Nanti Tokma tolong doakan dia lembut hati dan sudi jadi client Ayie ya. Tokma halalkan ya, setiap titisan air susu yang mengalir dalam diri Ayie ni ya”
Itulah antara kata-kata wajib dia setiap kali cium tangan ibu sebelum keluar appointment.
“Insya Allah Ayie, Tokma doakan yang terbaik. Tokma halalkan segalanya. Semoga mudah urusan kerja seharian dan diberikan rezki yang melimpah ruah”
Kini ibunya telah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Tapi dia masih lagi dengan tabiat lamanya. Dia akan ke pusara ibunya dan bercerita dan bercakap dengan ibunya. Minta ibunya doakan seperti dulu-dulu.
Atas berkat doa ibunya, kini beliau jadi Group Agency Manager(GAM) nombor satu dalam syarikat unit amanah paling besar seluruh negara.
Agensinya, 8020 Empire muncul sebagai Agency Group No.1 di Malaysia. Hebat!
Dia banyak berkongsi kisah hidupnya di Facebook untuk dijadikan inspirasi.
Teruskan beri inspirasi WM Syamzari!
Doa seorang ibu tiada hijabnya. Jangan sesekali jemu berdoa untuk anak-anak. Allah itu Maha Mendengar.
Mingguan Wanita : Sebaik-baik dan sejahat mak, jangan sekali derhaka. Doa ibu ini tiada hijabnya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mungkin ramai yang masih keliru bahawa duit nafkah dan duit belanja pada isteri tu sebenarnya tak sama.Meskipun bukan satu kewajipan buat suami untuk memberi duit belanja namun tak salah kiranya bagi menghargai pengorbanan dan penat lelah isteri dalam menguruskan rumahtangga serta anak-anak.
Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin dan fahamkan betul-betul mengenai duit belanja buat isteri.
“Ayang, abang dah tinggal duit kat almari, bawah bedak anak, guna la untuk apa yang patut…”
Duit belanja dan nafkah tak sama
Duit belanja.
Upah Untuk Isteri
Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah untuk isteri setelah dia melakukan kerja-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kepada suami, maka dia buat kerja-kerja tersebut.
Ketaatan kepada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yang solehah.
Suami balik kerja, suami dah tak perlu buat kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami boleh terus rehat..
So, suami tak payah buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa untuk melakukannya.
Duit Belanja Dan Nafkah Tak Sama
Kalau isteri yang selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami. Duit belanja dan nafkah tak sama, perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dalam duit belanja. Ini nafkah..
Duit belanja adalah untuk isteri, untuk dia gunakan beli apa yang dia inginkan yang selain daripada apa yang sepatutnya disediakan oleh seorang suami.
Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya.
Ikut Kemampuan Suami
Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami dan tiada nilai minimum yang patut diberikan kepada isteri…Bagi sekadar banyak mana yang ada, yang boleh bagi dan suami masih ada baki untuk kegunaan dirinya sendiri.
Buang duit tak bagi kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yang dikeluarkan atau dibelanjakan untuk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab untuk kita diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana.
Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kepada isteri.
Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 untuk digunakan isteri…tapi dia tak gunakan sampai hbis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tengah sesak.
MW: Semoga para suami sedar dan faham akan hakikat ini bahawa bagi nafkah dan duit belanja buat isteri tak sama. Jangan kedekut dan lokek untuk memberi duit belanja buat isteri. Tak mampu bagi banyak, bagi sedikit pun jadilah.Berilah mengikut kemampuan diri dan percayalah rezeki itu takkan putus malah makin bertambah.
Suami isteri ini mungkin antara pasangan yang bertuah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak yang ramai. Baru menyambut ulangtahun perkahwinan ke 25, pasangan yang telah memiliki 20 orang anak dan 3 orang cucu ini, mengumumkan bakal menimang cahaya mata yang ke 21 pada November ini! Sekaligus mencipta sejarah sebagai keluarga paling besar dan memiliki paling ramai anak di Britain.
Pasangan Noel dan Sue Radford masing-masing berusia 47 dan 43 tahun yang menetap di Morecambe, Lancashire mendapat anak pertama pada tahun 1989 ketika Sue hanya berumur 14 tahun.
Pada awal perkahwinan pasangan ini merancang untuk memiliki hanya 3 orang cahaya mata, namun kegembiraan mendapat anak membuatkan mereka meneruskannnya. Noel dan Sue telah memiliki 11 orang anak lelaki dan 9 orang anak perempuan.
Anak-Anak kepada pasangan ini adalah:
1.Christopher (28 tahun)
2.Sophie Rose (24 tahun)
3.Chleo Anne (22 tahun)
4.Jack Richard (20 tahun)
5.Daniel Leon (19 tahun)
6.Luke James (17 tahun)
7.Millie Jo (16 tahun)
8.Katie Louise (15 tahun)
9.James Edward (14 tahun)
10.Ellie May (12 tahun)
11.Aimee Elizabeth (11 tahun)
12.Joshua Benjamin (10 tahun)
13.Max Joseph (9 tahun)
14.Tillie May (7 tahun)
15.Oscar William (6 tahun)
16.Casper Theo (5 tahun)
17.Alfie Thomas (Keguguran)
18.Hallie Alphia Beau (2 tahun)
19.Phoebe Willow (18 bulan)
20.Archie Rowan (9 bulan)
Ketika melahirkan anak ke-9, Noel telah menjalani pembedahan vasektomi, namun merawatinya kembali kerana cinta terhadap anak kecil membuatkan mereka bertukar fikiran untuk menambah lagi dan membesarkan ahli keluarga. Anak ke 17 pasangan ini yang dinamakan Alfie, meninggal dunia pada 2014 ketika usia kandungan Sue mencecah 23 minggu. Meskipun Sue baru sahaja melahirkan anaknya yang ke 20 September lalu, proses kelahiran dilalui dengan mudah walaupun dianggap sebagai berisiko tinggi oleh doktor.
Tidak Harapkan Bantuan Kerajaan
Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria yang dibeli 11 tahun lalu, walaupun mempunyai anak yang ramai pasangan tersebut dilaporkan tidak mempunyai beban kewangan dalam menyara keluarga dan sering bercuti ke luar negara setiap tahun.Pasangan ini memiliki perniagaan membuat pai dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan dalam membesarkan anak-anak mereka.
Kesemua ahli keluarga ini tinggal di rumah yang memiliki 10 buah bilik yang dibeli pasangan ini pada tahun 2004 dengan harga RM1.3juta.Noel dan Sue menghabiskan lebih daripada RM160,000 menyediakan makanan dan pakaian anak-anak mereka. Kos mingguan membeli barangan keperluan rumah adalah sekitar RM1,300 termasuklah, 74 liter susu, lebih 20 buku roti, 14 kotak bijirin dan 28 gulung tisu tandas.Keluarga ini menggunakan minivan dengan 15 tempat duduk untuk bergerak.
Namun istimewanya, walaupun sibuk menjaga anak dan mengendalikan rumah, pasangan ini masih mampu bercuti meraikan ulangtahun perkahwinan ke 25 mereka.
MW: Kita ada dua tiga orang anak pun dan pening kepala, macam mana nak uruskan 21 orang anak sekaligus! Pasangan ini memang betul-betul hebat!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...